3 Kaedah Memasak Tanpa Dapur, Pelajar Asrama Wajib Tahu! – Manis Madu
3Kaedah Memasak

3 Kaedah Memasak Tanpa Dapur, Pelajar Asrama Wajib Tahu!

Makan adalah salah satu hobi yang paling digemari oleh semua manusia. 

 

Ada sesetengah orang yang makan bukan hanya kerana berasa lapar, tetapi disebabkan dorang, stress, bosan, sedih dan macam-macam lagi terutamanya bagi pelajar asrama.

 

Kalau dah duduk asrama perut memang akan sentiasa lapar jer. Yang pernah menjadi pelajar asrama tahulah macam mana rasanya.

 

Memandangkan Maduners tak boleh nak bawa dapur memasak ke asrama. So, hari ini Miera nak kongsikan 3 kaedah mudah untuk korang masak tanpa dapur!

#Memasak Menggunakan Seterika (Iron)

Memasak-Menggunakan-Seterika

Disebabkan asrama tidak boleh membawa barang memasak sebarangan, jadi Maduners boleh menggunakan seterika sebagai alat memasak.

 

Kaedah memasak menggunakan seterika ini sebenarnya sudah lama wujud dan mungkin ada diantara korang yang tak tahu pun tentang hal ini.

 

Banyak resipi yang korang boleh buat menggunakan iron antaranya ialah roti bakar, murtabak Maggie dan yang paling menarik boleh masak steak uolls!

 

Selain dari bahan memasak ,cara  nak buat ke semua resepi tersebut korang hanya perlukan kertas aluminium atau kertas timah sahaja. 

 

Bahan yang korang perlukan ialah:

  • Daging yang dipotong nipis
  • Lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Bawang putih (dicincang)
  • Kertas aluminium

Cara-caranya pula pertama sekali korang perlu membuka kertas aluminium itu terlebih dahulu.

 

Kemudian letakkan daging yang telah dipotong nipis tadi ke atas kertas aluminium.

 

Sapukan bawang putih ke seluruh daging dan taburkan lada hitam serta garam secukup rasa.

 

Sementara itu korang boleh panaskan seterika dan balut kertas aluminium tadi dengan rapi. Letakkan sahaja seterika itu ke atas daging yang dibalut dan terbalikkan setiap 5 minit. 

 

Menu daging steak korang dah siap! Mudahkan? Macam tak percaya jer duduk asrama pun boleh makan steak

 

Untuk resepi yang lain pun korang gunakan sahaja kaedah yang sama yang penting kena ada kertas aluminium!

#Kaedah Cerek Air

Menggunakan-Cerek-Air

Selain dari memasak air, cerek air juga boleh digunakan untuk memasak telur rebus atau telur separuh masak.

 

Kaedah ini adalah yang paling mudah untuk dibuat dan tidak memerlukan masa yang lama pun. Maduners hanya perlu basuh dan rebus sahaja telur ke dalam cerek air. 

 

Lepas ini dah tak payah susah-susah pergi ke café atau dewan makan. Korang boleh makan telur separuh masak atau telur rebus sahaja untuk sarapan pagi. Jimat pun jimat!

#Multicooker

Multicooker

Multicooker ini adalah sejenis tempat memasak yang menggunakan elektrik dan  terdapat dalam pelbagai saiz. Jadi ia sangat sesuai untuk Maduners yang duduk di asrama atau hostel. 

 

Kalau korang ada multicooker ini lagi banyak menu yang korang boleh masak antaranya ialah telur goreng, telur masak kicap, sup sayur, makanan frozen atau makanan-makanan bertin.

 

Multicooker juga boleh digunakan untuk memanaskan lauk. Misalnya korang  beli makanan dari luar tetapi tidak habis dimakan.

 

Jadi, lauk yang tidak habis itu boleh dipanaskan semula untuk mengelakkan basi. 

 

Macam mana? Menarikkan perkongsian hari ini.

 

Untuk pelajar-pelajar asrama atau sesiapa sahaja yang tidak mempunyai dapur memasak, Maduners boleh menggunakan kaedah ini dengan resipi yang pelbagai.

 

Selamat mencuba!

Post a Comment