4 Januari 2021 Keputusan Inkues Kematian Nora Anne, Bakal Dikeluarkan
Berita yang amat menggemparkan negara pada August 2019 yang lalu iaitu tentang remaja perempuan Ireland-Perancis Nora Anne Quoirin.
Sumber Gambar: www.abc.net.au
Berita terkini mengenai kes tersebut mengenai keputusan inkues yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Koroner pada 4 January 2021, dimaklumkan oleh peguam yang mewakili keluarga Nora Anne, S. Sakthyvell kepada wartawan.
“Keputusan dijangka diumumkan pada 10 pagi di Mahkamah Koroner, Kompleks Mahkamah Seremban,” jelasnya.
Sebelum ini, hari terakhir prosiding inkues pada 10 Disember yang lepas, 31 Disember ini atau 4 Januari tahun hadapan adalah tarikh yang ditetapkan oleh Koroner Maimoonah Aid mengenai keputusan inkues itu.
Untuk info Maduners lagi tentang kronologi kes ini, Nora Anne, 15, disedari hilang pada 4 Ogos 2019, satu hari selepas dia dan keluarganya tiba di negara kita, Malaysia untuk bercuti selama dua minggu di sebuah pusat peranginan yang kira-kira 60 kilometer di selatan Kuala Lumpur.
Sumber Gambar: www.abc.net.au
Bagaimanapun, 10 hari selepas Nora Anne dilaporkan hilang bertarikh 13 Ogos, susulan operasi pencarian besar-besaran oleh pihak berwajib, mayatnya ditemukan berhampiran sebatang anak sungai di sebuah lurah yang terletak kira-kira 2.5 kilometer dari pusat peranginan yang didiami dia dan keluarganya.
Lebih mendalam lagi mengenai prosiding inkues kes kematian Nora Anne ini, ia membabitkan 47 saksi termasuk ibu bapa remaja berkenaan, Meabh Jaseprine Quoirin dan Sebastien Quoirin. Prosiding inkues itu dilangsungkan sejak 24 Ogos hingga 10 Dis.
Muhamad Iskandar Ahmad dan Ahmad Sazali Omar mengetuai barisan Timbalan Pendakwa Raya selaku pegawai pengendali inkues pada prosiding itu. Prosiding itu turut dijalankan bersama tiga yang lain iaitu Nuralis Mat, Nurhafizah Haron dan Nur’atiqah Sapari.
Bagi peguam yang mewakili keluarga diketuai oleh peguam Sakthyvell bersama Louise Azmi dan Lydia Ng Huey Mei manakala The Dusun Resort diwakili peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar dan peguam Alliff Benjamin Suhaimi.
Madu doakan semoga keadilan dapat ditegakkan.
~Stay Safe Maduners~
Sumber: Astro Awani