Pembukaan Superstore Terbesar Skechers Malaysia & Koleksi Terbaru Skechers X Chinatown Market! Lawa Teroxxx! – Manis Madu
Pembukaan Superstore Terbesar Skechers Malaysia

Pembukaan Superstore Terbesar Skechers Malaysia & Koleksi Terbaru Skechers X Chinatown Market! Lawa Teroxxx!

Kalau cakap pasal Skechers Malaysia siapa jerr tak kenal!

 

Madu mula kenal dengan jenama Skechers lepas tahu mereka berkolaborasi dengan kumpulan k-pop favourite Madu iaitu Exo, lepas dari itu minat dengan Skechers sebab koleksi diorang memang one of the kinds! Githeww!

Pembukaan Superstore Terbesar Skechers Malaysia 01

Berita gembiranya sekarang Skechers dah lancarkan pembukaan Superstore mereka di 1 Utama Shopping Centre pada bulan lepas (November). Madu yang dah pergi tengok superstore Skechers dekat G117 -119, Centre Court boleh confirm dengan korang memang cantik dan store Skechers paling besar dekat Malaysia.

Dekat sini korang boleh shopping terus satu keluarga sebab Skechers Superstore ini ada bahagian perempuan, kanak-kanak dan lelaki terus! Sebab itu Madu cakap satu keluarga terus boleh shopping dekat sini, mudah!

Banyak kolaborasi Skechers juga korang boleh jumpa dekat sini, ada Skechers x Hello Kitty and Skechers x Sailor Moon Crystal, Max Cushioning, Skechers D’Lites, Mark Nason, Skecher Street dan banyak lagi, nama pun superstore-kan mestilah ada semua!

Jangan terkejut sebab ada lagi benda menarik dekat Skechers superstore ini, mereka ada bahagian eksklusif untuk personalisation!

 

Madu paling excited dengan ini sebab bila korang membeli belah dengan minimum RM500, korang boleh lekat graphic sticker eksklusif dari Skechers sendiri menggunakan teknologi heat press!

Pembukaan Superstore Terbesar Skechers Malaysia 05

Baru rasa macam only kita saja ada baju Skechers sebab unik dengan sticker Skechers! Pssst, rahsia Madu nak kongsi, kalau pergi dengan anak-anak jangan lupa tengok Kids’ area di Skechers superstore, siap ada bahagian permainan interaktif, senang kita nak shopping!

 

Bila shopping jangan lupa pakai face mask, kalau nak face mask cantik Maduners boleh dapatkan Skechers face mask eksklusif berharga RM19.90 dengan pembelian barangan Skechers lain pada harga biasa.

Pembukaan Superstore Terbesar Skechers Malaysia 06

Dah bersedia belum Madu nak cerita koleksi terbaru Skechers X Chinatown Market! Bila korang tahu keunikan koleksi ini, mesti terus pergi beratur dekat Skechers Superstore. Koleksi terbaru ini membolehkan korang untuk DIY sendiri uolssssahhhhhhhhhhhhhhh! Madu excited!

Koleksi Skechers X Chinatown yang terbaru ini menampilkan pelbagai jenis pakaian dari hoodies, pullovers, T-shirts, dan juga paling Madu in love adalah sneaker chunky untuk lelaki dan perempuan.

Pembukaan Superstore Terbesar Skechers Malaysia 08

DIY itu bahagian mana pula? Pakaian itu sendiri! Korang boleh tambah warna, garisan dan corak kepada pakaian dengan set marker yang korang dapat setelah beli koleksi ini nanti!

 

Tapi jangan risau kalau korang tak mahu DIY sebab korang boleh pakai jerr koleksi ini terus tanpa DIY sebab memang koleksi ini sendiri dah cantik, DIY kalau nak unik jerr, atau dah bosan boleh DIY corak baru! Githeww.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bingka (@bingka.kl)

Jangan lepaskan peluang bila korang melawat Skechers superstore di 1 Utama sekarang, sehingga 17 Januari 2021, Maduners boleh tengok koleksi Chinatown Market yang di customized oleh Bingka KL, Kenji Chai dan Akid One.

 

Korang boleh dapatkan koleksi Skechers X Chinatown Market ini di stor Skechers terpilih seperti 1 Utama Shopping Centre, Suria KLCC, Pavilion Kuala Lumpur, Sunway Pyramid dan banyak lagi.

Dah! Tunggu apa lagi, kalau lambat habis koleksi Skechers X Chinatown Market, kena tunggu stock pula, terus cepat serbu Skechers superstore dekat 1 Utama!

Post a Comment