5 Cara untuk Berpasangan dengan Pasangan yang Tak Ngam dengan Kita
Kebanyakkan pasangan yang sedang hangat bercinta mesti tengah bahagia sekarang ni betul tak? Tetapi tak semua pasangan mendapat pasangan yang serasi. Orang pernah kata, pasangan yang tidak serasi ni boleh hidup bahagia. Oleh itu, Madu akan terangkan bagaimana Maduners boleh date pasangan yang tak serasi di artikel ini.
1. Mengenali pasangan anda dengan lebih mendalam
Photo by Brooke Cagle on Unsplash
Sebelum berpasangan dengan dia, cuba Maduners mengenali latar belakangnya terlebih dahulu. Tak salah juga bila kita hendak berkawan dengannya. Jika begitu, simpanlah perasaan itu terlebih dahulu, jangan rush. Dia tak ke mana-mana pun hehe.. Berkawan lebih bagus dari kita stalk dia diam-diam. Nanti boleh hilang kemanisan Maduners kalau dia dapat tahu nanti.
2. Be yourself
Jika Maduners inginkan pasangan Maduners menyayangi anda lebih, jadilah diri sendiri supaya terserlahlah true colors y’alls! Walaupun mempunyai minat dan pendapat yang berbeza, sekurang-kurangnya korang berdua boleh mengenali kelebihan dan kekurangan masing-masing.
3. Menyokong dia dalam apa jua keadaan
Untuk mencapai kebahagiaan dalam hubungan ini, dua-dua mesti memberi sokongan antara satu sama lain. Misalnya, pasangan anda gemar bermain bola sepak dan Maduners gemar membeli-belah. Jika begitu, Maduners sokonglah dia ketika bermain bola dan dia pergilah menemani Maduners ketika membeli-belah. Inilah yang dikatakan give and take.
4. Be Open Minded
Dalam hubungan, dua-dua mesti berfikiran terbuka. Katakanlah minatnya tak sama dengan Maduners, cubalah Maduners cuba minat yang pasangan Maduners sukai. Tetapi jika Maduners dah cuba dan masih tidak suka, jangan risau. Sekurangnya pasangan Maduners tahu yang Maduners dah cuba dan dia tahu yang Maduners ni terbuka untuk cuba benda baru bersamanya nanti.
5. Banyakkan Bersabar
Sumber Gambar: ThriveGlobal.com
Kesabaran adalah kunci utama kepada kebahagiaan sebuah pasangan sama ada kita serasi ataupun tidak. Memang betul salah satu kena give and take, tapi kalau dah selalu macam tu pun tak bagus jugak kerana ia boleh menyakitkan hati. Dengan adanya kesabaran, apa jua keadaan pun korang boleh atasi dan tempuhi.
Sampai sini sahaja Maduners! Madu harap Maduners dan pasangan Maduners dapat mencapai kebahagiaan yang ingin korang kecapi. Be happy and love each other every day!