Hentikan Perintah Berkurung Terlalu Awal, Jepun Terima Padah Gelombang Kedua Covid-19 – Manis Madu

Hentikan Perintah Berkurung Terlalu Awal, Jepun Terima Padah Gelombang Kedua Covid-19

Jepun atau lebih secara khususnya di Hokkaido menerima padah gelombang kedua Covid-19 kerana telah menamatkan tempoh perintah berkurung terlalu awal.

Sumber Gambar: Astro Awani

Berita gempar tersebut telah memberikan kejutan kepada seluruh dunia dan secara tidak langsung menunjukkan akibat jika menamatkan perintah berkurung terlalu awal.

 

Menurut laporan, pulau Hokkaido yang terletak di utara Jepun telah mencatatkan sebanyak 135 kes jangkitan Covid-19 baru setelah menamatkan perintah berkurung selama 3 minggu.

Keputusan untuk menamatkan perintah berkurung tersebut diputuskan setelah kes jangkitan di Jepun berkurang ke satu angka tetapi menjadi masalah kerana timbulkan kes baru yang dianggap sebagai gelombang kedua.

 

Kini, negara tersebut telah mengisytiharkan darurat kecemasan di pulau Hokkaido.

Sumber Gambar: JapanTimes

Pengerusi Pertubuhan Perubatan Hokkaido, Dr Kiyoshi Nagase berkata perintah berkurung yang ditamatkan terlalu itu merupakan strategi yang salah kerana wilayah tersebut mempunyai 5.3 juta penduduk.

 

Kes pertama Covid-19 di Hokkaido dikesan ketika Festival Salji Sapporo pada seorang pelancong China yang berasal dari Wuhan.

Post a Comment