5 Hadiah Cool Sempena Hari Bapa 2020 – Manis Madu
Hadiah cool hari bapa

5 Hadiah Cool Sempena Hari Bapa 2020

Sempena Hari Bapa tahun ini, pasti Maduners di luar sana tengah cari idea hadiah yang sesuai untuk ayah tercinta.

 

Mehh sini Madu kongsikan hadiah-hadiah cool yang mungkin anda boleh pertimbangkan buat hari bapa. Cubalah, pasti ayah Maduners terharu.

1. Set Kelengkapan Memancing

fishing rod lures

Kalau Maduners ada hobi yang sama macam ayah, mungkin ini hadiah yang terbaik untuk si ayah. Set lengkap joran pasti buatkan ayah hargai dengan sepenuhnya.

 

Ia bukan saja mampu buatkan si bapa terharu, malah mereka sentiasa terisi masanya dengan aktiviti yang berguna dan mengeluarkan peluh apatah lagi jika ianya sesi memancing bersama si anak.

2. Daddy Spa

Jika ayah Maduners seorang yang kuat bekerja dan tiada masa untuk ‘me-time’, apa kata set satu masa, buat kejutan untuk ayah pergi ke spa dan sesi manjakan diri.

 

Maduners yang rajin juga boleh buat spa sendiri, sediakan peralatan yang perlu dan Maduners sendiri boleh lakukan urutan untuk ayah.

3. Jam Tangan

wrist-watches

Aksesori lelaki sangat limited. Kalau tak cincin, mesti jam tangan. Cuba korang hadiahkan ayah dengan jam yang nampak eksklusif dan bergaya, kacak dan sofistikated.

 

Baru boleh show-off depan kawan-kawan yang anak dia belikan jam mahal, lagilah tambah gembira.

4. Alat Senaman

physiotherapy-gym-equipment

Madu faham yang kadang kadang ayah kita agak sibuk bekerja cari rezeki untuk anak-anak mereka sampai tak ada masa nak bersenam.

 

Apa kata Maduners bersama adik-beradik belikan satu set alat senaman mudah alih di rumah.

 

Nanti kalau ada masa kosong di rumah, bolehlah ayah Maduners guna alat senaman. Tak perlu dah nak keluar pergi gim atau bersenam di luar rumah.

5. Motosikal Berkuasa Tinggi

motorbike

Yang terakhir ini agak istimewa Madu tapi kita kena ambil peluang untuk hargai ayah kita bila mereka dah meningkat usia.

 

Mungkin waktu ayah dah pencen, motosikal boleh digunakan untuk pergi konvoi dengan kawan-kawan dia. Luangkan masa bersama si ibu pun boleh, ronda waktu petang dengan isteri tersayang.

Hargai setiap pengorbanan Ayah kita

Madu nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua bapa di luar sana. Setiap pengorbanan ayah, kami hargai. We love you so much.

Post a Comment