Main Kutu? Rahsia Kebaikan dan Keburukan Sebenar Main Kutu – Manis Madu
Main Kutu? Rahsia Kebaikan dan Keburukan Sebenar Main Kutu

Main Kutu? Rahsia Kebaikan dan Keburukan Sebenar Main Kutu

Maduners semua betul-betul tahu ke tentang duit kutu? Bagi yang tak berapa faham sangat, artikel ini ditulis untuk korang!

 

Sebelum Maduners mulakan bacaan, jom kita tengok dulu video #SembangBersamaMadu di bawah ini.

Apa itu Duit Kutu?

Masa awal-awal Madu dengar orang cakap duit kutu ini, memang benda pertama yang muncul dalam fikiran memang kutu yang serangga itu. Geli tau!

Tapi, sebenarnya duit kutu ini merupakan satu permainan yang berasaskan duit yang sangat popular dalam kalangan masyarakat melayu.

 

Sebagai contoh untuk senang faham, duit kutu ini merupakan satu skim menabung secara berkumpulan, agar penyimpanan duit lebih terurus.

Siapa yang Mulakan Idea Ini?

Menurut hasil pembacaan Madu, permainan duit kutu ini telah bermula dari zaman dahulu lagi. Sebuah artikel dari laman web Loan Street telah menyatakan bahawa ia terkenal dalam kalangan kaum wanita dulu.

Cubalah tanya ibu atau makcik-makcik Maduners, mungkin mereka juga ada pengalaman dengan permainan duit kutu ini.

Apakah Kebaikan Main Kutu?

Secara amnya, main kutu secara berkumpulan ini dapat biasakan diri kita untuk memberi komitmen dalam satu kumpulan.

Kalau kita jadi ibu kutu, kita juga boleh belajar mendisiplinkan diri untuk menjadi jujur dan amanah bila menjaga duit anak-anak kutu yang lain.

Impak Negatif Main Kutu

Orang yang terlibat dalam permainan duit kutu berpotensi untuk ditipu. Cuba bayangkan, dah setengah jalan bayar duit kutu, ahli kutu yang lain semua hilangkan diri. Haa, macam mana nak selesaikan masalah itu?

Maduners Perlu Tahu…

Artikel dari Loan Street telah mengetengahkan bahawa permainan kutu ini juga dikatakan tidak diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia. Urusan pengumpulan duit daripada orang awam perlulah mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh BNM.

 

Akan tetapi, Madu rasa lebih baik duit kutu dibuat secara kecil-kecilan, antara orang yang boleh dipercayai sahaja. Ataupun, kita cuba ikut idea Madu dalam video Sembang, iaitu kutu study group? Hehe, barulah berguna untuk semua!

Post a Comment