5 Hidangan Wajib Ada Waktu Krismas! Mudah Sangat Ke Nak Buat?
Bila sebut tentang Krismas, perkara yang terbayang mestilah Santa Claus, hiasan pokok Krismas yang cantik dan indah dan tradisi bertukar hadiah.
Namun, perayaan Krismas bukan sahaja mengenai perhiasan yang cantik dan tradisi bertukar hadiah semata-mata tetapi ia lebih daripada itu. Sambutan perayaan ini adalah saat di mana seluruh ahli keluarga berkumpul dan saling membahagiakan.
Di samping itu, ia juga mengenai kepelbagaian makanan yang menjadi elemen penting ketika sambutan Krismas. Jom kita tengok, beberapa makanan yang wajib ada ketika sambutan perayaan Krismas.
#1 Ayam Belanda Panggang
Anis rasa hidangan ini sangatlah familiar ketika sambutan hari natal. Betul tak? Bila Krismas jerr, permintaan ayam belanda memang mencanak naik dan harga seekor harga ayam belanda boleh mencecah RM300!
Ayam belanda panggang adalah sajian utama yang wajib ada ketika perayaan Krismas. Malah, di United Kingdom (UK), 87% masyarakat di sana berpendapat sambutan Krismas tidak bermakna jika hidangan ayam belanda tidak dihidangkan.
#2 Puding Plum (Christmas Pudding)
View this post on Instagram
Hidangan yang kedua ini juga merupakan hidangan wajib ketika Krismas. Puding Plum Krismas ini telah wujud pada awal kurun ke-15 lagi dan jangan terkejut! Resipi asal hidangan ini dihasilkan daripada daging lembu, bawang merah, sayur-sayuran serta buah-buahan kering.
Untuk menambahkan kesedapnnya lagi, kismis dan buah prun dimasukkan ke dalamnya sekitar kurun ke-16.
#3 Biskut Krismas
Desert! Maduners perlu tahu, biskut Krismas boleh didapati dengan pelbagai jenis dan bentuk. Amalan membuat kek dan biskut adalah amalan yang biasa sebelum tibanya Krismas.
Biskut Krismas lazimnya mengandungi pelbagai jenis bahan seperti halia, almond, buah-buahan kering, kayu manis dan lain-lain. Biskut Krismas yang paling famous mestilah Gingerbread! Biskut yang kebiasaannya berbentuk orang tu tapi sekarang ni dah dibuat dalam pelbagai bentuk.
#4 Kek Buah
It is officially Christmastime, and I can think of no way I’d rather begin my day off than with a cup of coffee and Nana’s Christmas #fruitcake 🤤🎄😍 pic.twitter.com/6bkt24K8gg
— Amanda Reed (@aprmillymom) December 13, 2020
Now, @mitchcormierCBC , it wouldn’t be a traditional #christmas without the #fruitcake ! Back me up on this one @BrianCormier ! https://t.co/rJlgkE6zQP and https://t.co/jbPOfy00Ax pic.twitter.com/Qm4SB3lvhK
— IslandBistroKitchen (@PEIBistro) December 9, 2020
Kek buah juga adalah antara hidangan istimewa dan perlu ada ketika sambutan hari natal. Dan yang paling penting, kek buah yang dibuat untuk Krismas rasanya bukan macam kek buah biasa boleh dapat dekat kedai! Rasanya lebih sedap dan kaya dengan bahan.
Siapa yang tak pernah rasa, korang kena rasa okay!
#5 Beef Brisket
View this post on Instagram
Brisket adalah potongan daging daripada bahagian dada atau bahagian bawah daging lembu atau daging lembu. Brisket ini juga adalah salah satu hidangan wajib ketika Krismas dan ia juga mudah disediakan. Rasanya sangat sedap dan dagingnya lembut!
Sedap-sedap belaka makanan wajib ketika Krismas ni kan? Mana satu favourite korang?
~Stay Safe Maduners~