5 Peralatan Yang Perlu Ada Di Rumah Untuk Menyenangkan Anda
Dah masuk tahun 2020, masih lagi fikir macam mana nak buat tugas rumah dengan cepat dan pantas.
Sebab itu Madu sekarang nak kongsi barangan keperluan rumah yang wajib ada pada tahun 2020 dah menyenangkan tugas seorang Maduners yang berkerjaya.
1. Robot Vacuum
Betullah orang kata, lepas ini semua kerja akan digantikan dengan teknologi pintar. Macam robot vaccum boleh kesan kekotoran di lantai kemudian akan terus sedut habuk.
Sumber Gambar: www.mi-store.com.au
Madu cadangkan untuk guna jenama Xiaomi sebab boleh kawal dengan telefon pintar sahaja. Mudahnya hidup lepas ini. Duduk saja, tekan-tekan sudah selesai masalah.
2. Robot Mop
Ehh? Robot Mop pun dah ada? Kita kena faham hidup di dunia yang serba canggih. Semuanya mungkin dengan teknologi. Robot mop sama macam mop yang kita buat setiap hari.
Sumber Gambar: store.irobot.com
Cuma bezanya dengan batang mop yang kita pakai dulu banyak kerjanya. Kalau pakai robot mop ni, senang jea, hidupkan robot dan kawal guna smartphone. Mudah kan?
3. Air Humidifier
Sekarang ni kita sendiri tak tahu kualiti udara di rumah kita, baik ataupun tidak.
Jadi dengan adanya penapis udara ni, Madu dapatlah hirup udara yang baik sebab kita mana boleh nampak partikel udara kecil yang berterbangan di udara.
Sekali dah masuk dalam penapis, sekali kekotoran yang dihasilkan, fuhhh terus insaf.
Madu cadangkan kepada Maduners yang ada haiwan peliharaan yang berbulus seperti kucing seeloknya korang pasang penapis udara.
4. Mosquito Trap
Mesti penat tangan nak bertepuk tampar dengan nyamuk kan? Madu fikir benda ini wajib sebab kita tidak tahu bila akan diganggu oleh nyamuk.
Sumber Gambar: mosquitotrapx.com
Pasang saja sebelum Maduners tidur dan nikmati waktu tidur anda tanpa sebarang gangguan. Dijamin akan aman dan tenteram. Fabulous.
5. Sleeper Sofa
View this post on Instagram
Okay untuk yang ini, keperluan atau kemahuan?
Sebenarnya, ia sudah menjadi satu keperluan di rumah. Lagi-lagi anda seorang yang hantu online series. Letak saja sleeper sofa ini depan TV, selesai masalah.
Nak jadi sofa boleh, nak jadi tempat tidur pun boleh. Dua dalam satu. Kalau tiba-tiba ada yang overnight di rumah, ini akan jadi penyelamat.
Kalau nak ikut senarai peralatan yang wajib ada, banyak lagi dalam senarai Madu.
Tapi untuk yang penting, Madu senaraikan yang ini dulu. Mana tahu boleh pujuk yang tersayang untuk dapatkan peralatan ini. Hehehehehe.