5 Trend Hijab Yang On Fleek Boleh Digayakan Pada Hari Raya – Manis Madu
5 Trend Hijab Yang On Fleek Boleh Digayakan Pada Hari Raya 2020

5 Trend Hijab Yang On Fleek Boleh Digayakan Pada Hari Raya

Sudah tentu Maduners pada tahun ini ingin tampil bergaya dengan gaya hijab terbaru sewaktu sambutan hari raya.

 

Walaupun pada tahun ini, kita terpaksa beraya sewaktu krisis Covid-19, Maduners tidak boleh lepaskan peluang untuk bergaya dengan cantik.

 

Jadi, Madu nak kongsi dengan Maduners 5 trend hijab yang pasti menjadi pilihan sewaktu hari raya pada tahun ini.

1. Gaya Hijab Moden

Gaya Hijab Moden

Sumber Gambar: Donna.com.my

Madu suka gaya hijab ini sebab memberikan penampilan yang elegan dan feminin tetapi masih ada elemen yang begitu menarik dengan gaya hijab ini.

 

Antara selebriti yang selalu menggayakan gaya hijab ini adalah seperti Hanis Zalikha.

 

Gaya ini memang sesuai untuk Maduners yang ingin tampil bergaya dengan anggun pada hari raya namun masih bersederhana.

2. Gaya Hijab Ala CTDK

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Gaya klasik buat comeback! Tengoklah gaya hijab ala-ala Tokti ini, memang cun habis.

 

Tokti membuktikan gaya hijab klasik masih mampu bertanding dengan gaya-gaya moden sekarang.

 

Apa tunggu lagi, Maduners kena cuba gaya ini untuk hari raya nanti!

3. Warna Pastel

Hijab Warna Pastel

Sumber Gambar: hijab-style.com

Gaya hijab memang penting tapi Maduners kena pastikan gaya dan warna hijab sesuai dengan pakaian pada hari raya nanti.

 

Sebab itulah Madu cadang untuk Maduners gayakan hijab yang berwarna pastel pada hari raya kerana warna pastel merupakan warna yang paling mudah untuk dipadankan dengan mana-mana warna lain!

 

Memang tak akan rugilah bergaya dengan hijab berwarna pastel!

5. Gaya Turban Yuna Zarai

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Y U N A (@yuna) on

Siapa saja tak tahu bahawa Yuna memang suka memakai turban!

 

Maduners kalau dah bosan dengan gaya hijab biasa boleh cuba turban sebagai pilihan di hari raya!

 

Gaya turban ala-ala Yuna ini memang memberikan penampilan yang futuristik kepada mereka yang menggayakan turban.

 

Maduners yang masih keliru nak pilih gaya hijab yang mana, Madu juga sediakan pautan video di Youtube yang memberikan tutorial 4 gaya hijab ringkas untuk hari raya!

Post a Comment