5 Trend Warna Untuk Ruang Lebih Luas Untuk Tahun 2022! – Manis Madu
5 Trend Warna Terbaik Hias Rumah Untuk Tahun 2022!

5 Trend Warna Untuk Ruang Lebih Luas Untuk Tahun 2022!

Tahun 2021 was cancelled! Seperti tahun sebelumnya, tahun 2021 juga kita tempuhi dengan pelbagai situasi sukar. Wabak Covid-19 yang meragut banyak nyawa, kemalangan, bencana alam besar antara kesukaran yang dihadapi buat tahun ini. 

 

Keadaan itu juga menyebabkan ramai daripada kita tertekan dan kesihatan mental juga terganggu. Susulan itu, apa kata menjelang tahun 2022 ini, Maduners tukar suasana ‘suram’ tahun 2021 kepada suasana yang lebih ceria dan optimis.

 

Hari ini Madu akan kongsikan ramalan pakar cat dan warna terkemuka untuk warna tahun 2022!

Babouche – The Sunny Yellow

yellow (1)

Babouche atau warna kuning cerah yang digambarkan sebagai ‘sinar matahari yang tenang’ ini menandakan keadaan kembali seperti sediakala. Babouche adalah warna cerah dan tidak rumit meskipun warnanya boleh dikatakan ‘berani’ tetapi tidak mencolok mata. Just nice!

 

Buat Maduners yang memilih warna ini sebagai pilihan, disarankan untuk pilih hiasan yang lebih minimalis seperti lukisan garisan yang ringkas atau rona terang yang tidak menganggu.

School House White – The Updated Neutral

white (1)

Warna ini pula direka bentuk untuk kelihatan seperti putih di kawasan berlorek serta membangkitkan nostalgia rumah sekolah lama. 

 

Disebabkan ronanya yang dibumikan dan sederhana, rona ini mudah dipadankan dengan warna-warna yang lain. Warna ini juga akan menguatkan kuasakan warna Babouche kalau korang suka gabungkan trend warna 2022.

Bright Skies – The Hopeful Blue

blue (1)

Warna yang lapang dan segar ini memberi nafas baharu kepada mana-mana ruang! Ia akan menjadi game-changer kalau Maduners menggunakan rona ini pada siling. Tenang jerr rasa!

 

Menurut Pengarah Kreatif Dulux, Marianne Shillingford, rona ini akan membangkitkan semangat dan terang tapi dalam masa yang sama menenangkan dan sangat sesuai untuk tempat perlindungan yang selamat dan menggembirakan.

October Mist – The Palest Green

green (1)

Berwarna kelabu-hijau lembut, October Mist menjadikan warna asas yang hebat untuk membina earthy palette. Sama seperti Breakfast Room Green, shade ini menggalakkan penyambungan semula dengan suasana luar yang hebat dan mudah!

 

October Mist berfungsi dengan baik dalam suasana rumah ladang, digabungkan dengan rona lembut berinspirasikan alam semula jadi – biru langit pucat, merah bumi hangus atau putih berkapur. Kombinasi warna yang sangat menenangkan menjadikan October Mist dengan hijau paku yang lebih dalam.

Stone Blue – The Vintage Tone

stone (1)

Warna Stone Blue ini dinamakan sempena pigmen indigo yang diimport pada abad ke-18, biru hangat dan abadi ini boleh digunakan bersama warna hangat yang lain untuk mencipta rupa vintaj yang menarik. Sebagai alternatif, hiasi dengan nada yang lebih sejuk untuk rasa yang lebih bersih dan kontemporari.

 

Macam mana dengan ramalan warna-warna trending tahun 2022 nanti? Menarikkan! Maduners yang mana bercadang nak cipta suasana ruangan dalam rumah dengan cat baru, boleh rujuk warna yang Madu kongsikan di atas ya. Confirm cun melecun ruangan korang!

Post a Comment