6,000 Botol Kicap Untuk 128 Rumah Kebajikan, Salam Sauce Tampi Berbakti Bantu Golongan Memerlukan – Manis Madu
Salam Sauce Tampi Berbaktil Bantu Golongan Memerlukan

6,000 Botol Kicap Untuk 128 Rumah Kebajikan, Salam Sauce Tampi Berbakti Bantu Golongan Memerlukan

Dalam kemeriahan menyambut Ramadhan dan Aidilfitri, negara sekali lagi menyambutnya dengan Perintah Kawalan Pergerakan akibat pandemik COVID-19.

Salam Sauce Distribution(1)

Ramai yang terkesan dari pandemik ini, maka Salam Sauce telah mengambil inisiatif dengan menderma 3,000 Kicap Manis Pedas Salam dan 3,000 botol Kicap Manis Salam bernilai RM27,000  kepada 128 buah pusat kebajikan sekitar Lembah Klang.

Salam Sauce Distribution(3)

Usaha sama yang dijalankan bersama badan kebajikan Food Aid Foundation itu dilihat sebagai satu usaha untuk menceriakan penghuni rumah-rumah kebajikan sepanjang Aidilfitri ini.

 

Food Aid Foundation dipilih sebagai rakan kerjasama untuk program ini adalah kerana badan kebajikan ini dilihat mempunyai pengalaman dalam menguruskan badan-badan kebajikan yang memerlukan bantuan dalam bentuk makanan.

Salam Sauce Distribution(4)

Kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Food Aid Foundation, Rick Chee, Food Aid Foundation telah diumumkan sebagai organisasi yang bukan berasaskan keuntungan.

 

Bercerita mengenai bantuan dari Salam Sauce itu lagi, usaha sama ini secara keseluruhannya berjaya membantu 1,800 buah keluarga melibatkan 9,000 orang individu.

 

Di akhir ucapan beliau, Chee berkata sumbangan anda sama ada besar atau kecil nilainya amat berharga buat kami dan kami di Food Aid Foundation sangat menghargai pemberian Salam Sauce ini kerana ia dapat membantu banyak keluarga ketika negara dilanda pandemik COVID-19 ini.

Post a Comment