Baru Umumkan Berita Kehamilan, Aurel Hermansyah Alami Pendarahan Teruk Hingga Keguguran – Manis Madu
Atta Halilintar

Baru Umumkan Berita Kehamilan, Aurel Hermansyah Alami Pendarahan Teruk Hingga Keguguran

Pasangan selebriti terkenal Atta Halilintar dan  Aurel Hermansyah baru sahaja berkongsi berita kehamilan namun harus redha dengan berita duka yang menimpa mereka. Ini berikutan berita keguguran Aurel yang diumumkan mereka pada Selasa.

 

Atta memaklumkan perkara itu menerusi Instagram dengan memuat naik foto USG janin yang dikandung isterinya.

Menurut mStar, Youtuber terkenal itu turut meluahkan rasa sedih dengan kejadian berkenaan. Sebelum ini, Aurel sempat berkongsi saat dia mendapatkan rawatan sambil ditemani ibunya Krisdayanti.

 

Aurel malah dilaporkan mengalami pendarahan hingga dinasihatkan untuk ‘bedrest’. Doktor juga memaklumkan bahawa kandungan Aurel mengalami masalah.

 

Anak kepada penyanyi Anang Hermansyah itu mendirikan rumah tangga dengan Atta pada 13 April lalu dan upacara akad nikah pasangan itu berlangsung di Hotel Raffles, Jakarta.

Post a Comment