7 Cara Beraya Dengan Meriah Dan Masih Ikut SOP PKPB – Manis Madu
7 Cara Beraya Dengan Meriah Dan Masih Ikut SOP PKPB

7 Cara Beraya Dengan Meriah Dan Masih Ikut SOP PKPB

Ramai yang merungut sebab tidak dapat menyambut Hari Raya di kampung halaman masing-masing.

 

Jangan terlalu bersedih kerana Maduners perlu tahu tindakan ini bertujuan untuk kebaikan negara Malaysia sendiri bagi membantu mencegah penularan wabak Covid-19.

 

Tapi itu tidak bermakna Maduners tidak boleh menyambut Hari Raya dengan meriah!

 

Madu akan bantu Maduners dengan berkongsi 7 cara untuk beraya dengan meriah tetapi masih ikut SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

 

Ini dia 7 cara tersebut:

1. e-Duit Raya

e-Duit Raya

Walaupun Raya tahun ini tidak balik kampung, Maduners jangan lupa pula sediakan duit raya.

 

Kalau tak dapat duit raya, sedih anak, anak saudara dan keluarga Maduners. Ikutlah tips Madu dengan guna e-Duit Raya, sekarang zaman teknologi ini semuanya mudah belaka.

 

Paling penting sekali! Jangan lupa bagi duit raya kepada ibu bapa Maduners.

2. Hias Rumah Dengan Lampu Raya Dan Pelita

Sumber Gambar: concordehotelsresorts.com

Hello! Siapa cakap Raya tahun ini tak boleh meriah-meriah!

 

Pasang saja lampu raya dan pelita dekat luar rumah, Madu pasti Maduners terus dapat mood Hari Raya! Guarantee!

 

Lip lap, lip lap lampunya warna-warni memang wajib masa hari Raya!

3. Pos Kuih Raya Ke Kampung

 

View this post on Instagram

 

A post shared by COOKIES SEDAP TERPELANTING (@theblackwhisk) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 🎀 K.Zai Ahmad (@zailiciouscakes) on

Maduners yang selalu bakar kuih raya jangan lupa untuk pos kuih raya ke kampung, tak kisahlah bakar sendiri atau beli di pasar raya.

 

Bila pos ke kampung, ibu bapa kita di perlu nak bakar kuih raya sendiri, Maduners pos saja, mudahkan kerja mereka di kampung.

 

Masa bakar kuih Raya jangan pula menangis Maduners, nanti air mata masuk dalam bekas kuih raya, masin pula kuih raya Maduners.

4. Panggilan Video Di Pagi Raya

Panggilan Video Di Pagi Raya

Tahan air mata Maduners di pagi raya dan buat panggilan video bersama ahli keluarga.

 

Kalau boleh, jangan menangis masa panggilan video, sedih pula nanti ibu bapa Maduners tengok Maduners menangis.

 

Kenapa buat panggilan video di pagi Raya? Sebab waktu inilah nak bermaaf-maafan bersama ahli keluarga. Minta maaf zahir dan batin terutamanya kepada ibu bapa Maduners.

5. Cuba Masak Hidangan Wajib Hari Raya

Ini memang kena cuba iaitu masak hidangan wajib di rumah Maduners sewaktu Hari Raya.

 

Walaupun ada kemungkinan yang sangat tinggi rasa masakan Maduners tidak akan sama dengan masakan ibu Maduners, jangan risau janji ada hidangan wajib Hari Raya di rumah Maduners.

 

Dua cara terakhir ini adalah lebih kepada nasihat Madu kepada Maduners mengenai perkara yang tidak patut Maduners lakukan sewaktu Hari Raya!

6. Elak Bersentuhan Dengan Tetamu

No! No! No!

 

Tahun ini Maduners cuba elakkan daripada bersentuhan dengan tetamu yang datang beraya ke rumah Maduners.

 

Kalau boleh rumah yang ada warga emas dan kanak-kanak tidak perlulah menjemput tetamu ke rumah untuk beraya kerana risiko mengalami komplikasi jika berjangkit Covid-19 sangatlah tinggi bagi dua kumpulan ini.

7. Jangan Lakukan Rumah Terbuka

Madu merayu kepada Maduners tahun ini tidak perlulah adakan sebarang rumah terbuka untuk menyambut hari raya kerana sangat bahaya.

 

Takut nanti muncul kluster baru pula, kluster rumah terbuka.

 

Apa-apa pun, Madu nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Maduners. Maaf Zahir & Batin serta terima kasih kerana menyokong Manis Madu MY selama ini!

Post a Comment