7 Hidangan Wajib Ada Di Atas Meja Semasa Tahun Baru Cina, Setiap Makanan Ada Maksud Simbolik Tersendiri? – Manis Madu
maksud simbolik 7 makanan yang wajib ada ketika CNY

7 Hidangan Wajib Ada Di Atas Meja Semasa Tahun Baru Cina, Setiap Makanan Ada Maksud Simbolik Tersendiri?

Tak lengkaplah mana-mana perayaan tanpa dihidangkan dengan makanan! Tambah-tambah di Malaysia, meriah dengan makanan.

 

Bagi sambutan Tahun Baru Cina, terdapat beberapa jenis makanan wajib yang perlu ada ketika perayaan. Kiranya tak lengkap sambutan tanpa makanan-makanan ini. Jom kita tengok!

#1 Yeesang @ Yusheng

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Justin Teo (@justinfoodprints)

Tipu lah kalau Maduners tak tahu tentang Yee Sang. Yee Sang atau nama lainnya, Yusheng merupakan satu hidangan wajib ketika perayaan Tahun Baru Cina.

 

Yee Sang terdiri daripada aneka salad dan ikan. Campuran semua bahan itu memang akan buatkan Yee Sang ini nampak sangat menarik! Yee Sang juga melambangkan kemakmuran, kemewahan dan kekayaan.

 

Cara nak makan Yee Sang adalah dengan menggaulkan semua bahan yang ada dengan mengangkatnya tinggi menggunakan chopstick sambal melaungkan ‘Lo Hei’ beramai-ramai. Semakin tinggi lambungan, membawa maksud rezeki akan semakin mewah.

#2 Ikan

Fish

Ikan merupakan antara makanan yang wajib ada di atas meja makan semasa makan malam keluarga sebelum Tahun Baru Cina menjelang.

 

Nak tahu tak kenapa? Sebabnya, sebutan ‘ikan’ dalam Mandarin mempunyai sebutan yang sama dengan perkataan Mandarin yang merujuk pada maksud ‘lebihan’. Masyarakat Cina percaya jika mereka makan ikan, khususnya spesis ikan tertentu pada malam sebelum sambutan Tahun Baru Cina, mereka akan ada simpanan (lebihan) pada penghujung tahun agar mereka dapat lebih banyak lagi pada tahun seterusnya.

#3 Limau Mandarin

Mandarin Orange

Oren atau limau mandarin sangat sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina. Memang buah ini akan terlihat di sana sini sepanjang perayaan.

 

Untuk pengetahuan Maduners, makan atau mempamerkan buah oren dan limau dianggap sebagai tanda tuah dan kekayaan. Sebabnya, sebutan dan ejaan buah-buahan tersebut dalam bahasa Mandarin adalah ju (橘) yang mempunyai bunyi yang sama seperti sebutan perkataan “bertuah” atau “beruntung” (吉).

#4 Dumpling @ Jiaozi

Dumpling

Dumpling memang satu hidangan yang sudah sebati dalam sajian masyarakat Cina sejak dahulu lagi. Dumpling atau juga dikenali sebagai Jiaozi adalah hidangan yang melambangkan kekayaan.

 

Makanan tradisional cina ini juga memberi maksud ‘duit datang’ kerana bentuknya seakan sejenis wang buatan emas atau perak pada zaman dahulu atau lebih disebut Yuanbao.

#5 Kuih Bakul

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Betty Huang (@wijaya.betty80)

Kuih bakul atau nama lainnya, Nian Gao ialah homonim yang merujuk kepada frasa ‘semakin tinggi tahun demi tahun’. Hidangan ini cukup penting bagi golongan peniaga kerana ia menandakan peningkatan dan pengembangan perniagaan mereka ataupun terdapat peningkatan dalam kehidupan mereka.

#6 Chang Shou Mian (Longevity Noodle)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Gelson’s Markets (@gelsonsmarkets)

Chang Shou Mian atau lebih dikenali sebagai Mi Panjang merupakan hidangan yang dikaitkan dengan umur panjang. Mi ini tidak akan dipotong menandakan kepanjangan usia individu yang memakannya.

#7 Tang Yuan (Bebola Pulut Manis)

Glutinious Rice Ball

Bebola pulut manis atau Tang Yuan ini merupakan sajian pencuci mulut masyarakat Cina. Kalau ikut adat, ia dimakan ketika Yuan Xiao Jie atau Cap Goh Meh. Tang Yuan berbentuk bebola kecil yang dihidangkan dalam mangkuk dan dimakan bersama sirap manis.

 

Alahai, terliur betul dengan makanan-makanan ketika Tahun Baru Cina ni!

Post a Comment