7 Makanan Ini Boleh Cetus Asid Dalam Perut Meningkat, Kurangkan Kalau Nak Elak Gastrik! – Manis Madu
7 Makanan Jika Berlebihan Jadi Penyebab Gastrik

7 Makanan Ini Boleh Cetus Asid Dalam Perut Meningkat, Kurangkan Kalau Nak Elak Gastrik!

Pernah tak dengar tentang apa itu Asid Refluks? Asid Refluks atau Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) adalah keadaan di mana asid dalam perut mengalami refluks dan naik semula ke dalam saluran esofagus.

 

Haa! Ini yang menyebabkan gejala pedih ulu hati dan sakit dada menyerang! Sesiapa yang selalu rasa pedih ulu hati dan sakit dada, korang mungkin menghidap penyakit ini.

 

Penyakit ini berpunca daripada Otot sfinkter di bahagian bawah esofagus mengalami masalah untuk kecut sepenuhnya.

 

Korang kena tahu bahawa apabila makanan sampai di bahagian perut, otot sfinkter bahagian bawah akan mengecut untuk mengelakkan makanan di dalam perut masuk ke dalam esofagus semula.

 

Bagi individu yang mempunyai masalah ini, terdapat beberapa jenis makanan yang perlu korang elakkan. Boleh makan tapi sebaiknya elak dan minimumkan pengambilan.

#1 Makanan Pedas

makanan-pedas

Umum mengetahui, memakan makanan pedas boleh menyebabkan cirit birit dan pedih ulu hati. Makanan pedas juga termasuk dalam salah satu makanan yang tidak boleh diambil bagi penghidap asid refluks.

 

Untuk pengetahuan korang, kandungan dalam cili yang dipanggil capsaicin akan menyebabkan makanan lebih lambat dicerna dan ia berpotensi menyebabkan kerengsaan berlaku pada esofagus.

#2 Makanan Masin

Makanan masin juga tidak jauh berbeza dengan makanan pedas. Pengambilan makanan masin dalam kuantiti yang banyak juga akan meningkatkan kandungan asid dalam perut.

 

Walau bagaimanapun, tidak diketahui sepenuhnya bagaimana proses ini boleh berlaku. Boleh jadi, gabungan makanan masin yang dimakan dengan makanan goreng dan makanan berlemak boleh mencetuskan peningkatan dalam asid perut.

#3 Buah-buahan Masam

buah-buahan-masam

Terdapat kajian yang diterbitkan oleh The Journal of Gastroenterology Korea, mengatakan sebanyak 67 peratus daripada 382 orang mendapati mereka mengalami gejala pedih ulu hati selepas memakan oren.

 

Ini berkemungkinan disebabkan jumlah asid yang terkandung dalam buah-buahan sitrus adalah penyebab utama asid refluks.

#4 Bawang

bawang

Semua jenis bawang samada bawang merah, bawang putih, bawang holland dan lain-lain boleh membuatkan otot-otot di bawah esofagus lemah. Akibatnya, asid dalam perut dengan mudah boleh kembali ke kerongkong dan sakit akan menyerang.

#5 Tomato

tomato

Jangan tak tahu, tomato mengandungi kadar asid yang tinggi dan boleh mencetuskan peningkatan asid dalam perut.

 

Kalau korang makan terlalu banyak tomato, kandungan asid itu akan menjejaskan sistem pencernaan dan akan menyebabkan perut korang tidak selesa.

#6 Kopi

kopi

Haa! Ini adalah berita buruk jika korang adalah penggemar kopi dan mempunyai masalah asid refluks. Ini kerana kandungan kafein di dalamnya terbukti dapat melemahkan otot pada injap esofagus yang lebih rendah. Kesannya, asid perut berkemungkinan naik kembali ke kerongkong dan membuatkan korang tidak selesa.

#7 Coklat

coklat

Siapa sangka, coklat juga merupakan antara makanan yang perlu dielakkan bagi individu yang mempunyai masalah asid refluks.

 

Lazimnya, coklat mengandungi kafein dan bahan lain seperti theobromine yang boleh meningkatkan kadar asid. Selain itu, bahan metilxantin dan kandungan lemak yang tinggi dalam coklat juga boleh menjadi penyebab pedih ulu hati.

Sumber: len-med.com

Post a Comment