7 Hutan Paling Berhantu Di Dunia!
Sempena dengan Hari Hutan Sedunia 2020, Madu nak cerita kepada Maduners 7 hutan paling berhantu di dunia!
Kalau Maduners nak tahu, 21 Mac merupakan tarikh yang diiktiraf oleh Perhimpunan Agung PBB sebagai Hari Hutan Sedunia pada tahun 2012 yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan semua jenis hutan.
1. Hutan Aokigahara, Jepun
Sumber Gambar: Mentalfloss.com
Terletak di sebelah barat laut Gunung Fuji, Hutan Aokigahara yang lebih dikenali sebagai “Suicide Forest” sangat menyeramkan terutamanya bagi rakyat Jepun.
Maduners tahu tak yang hutan ini telah menjadi lokasi banyak kes bunuh diri dari pertengahan 1900-an hingga kini! Seramnnya.
Terlalu banyak kes bunuh diri sampai ada tanda papan di hadapan hutan yang memberi peringatan “life is a precious gift” kepada pengunjung.
2. Hutan Dering Woods, England
View this post on Instagram
Dikenali sebagai “The Screaming Woods“, hutan ini sentiasa menjadi bualan mulut orang tempatan sebagu hutan yang menyeramkan!
Mereka yang melawat ke hutan ini berkata bahawa mendengaran jeritan yang menakutkan yang dari dalam hutan pada waktu malam serta jejak kaki dan bisikan pada hari berkabus,
Orang tempatan mengaitkan jeritan daripada hutan itu sebagai jeritan daripada seorang pejuang yang dibunuh oleh penduduk kampung pada abad ke-18, dan rohnya masih berdendam hingga sekarang.
3. Pulau Patung, Mexico
Sumber Gambar: BusinessInsider.com
Maduners yang ada pediophobia iaitu fobia kepada patung mesti takut sangat dengan hutan ini!
Hutan yang terletak di Xochimico, berhampiran bandar Mexico ini dikatakan dilindungi oleh anak patung yang digantung di pokok-pokok dalam hutan.
Legenda tempatan mengatakan bahawa penjaga pulau itu menggantung anak patung pertama untuk menghormati seorang gadis kecil yang ditemui lemas di pulau itu tetapi telah meninggal di tempat sama seperti gadis itu.
4. Hutan Hoia Baciu, Romania
Sumber Gambar: Romania-insider.com
Menurut statistik rasmi hutan Hoia Baciu ini sangat pelik kerana tiada tumbuhan dan tiada apa yang pernah tumbuh.
Perkara yang lagi menyeramkan dan pelik adalah pokok yang tumbuh di hutan ini, tumbuh dengan corak ganjil seakan zig zag dan lingkaran berpusing yang tidak dapat dijelaskan. Meremang bulu roma Madu!
5. Hutan Wychwood, England
Sumber Gambar: TheRealEvidenceOfTheParanormal
Menurut rakyat tempatan pelbagai cerita mengenai hutan ini sehingga tiada siapa tahu perkara sebenar yang berlaku.
Antara salah satu cerita yang dipercayai rakyat temptan adalah kisah hantu Amy Robsart, isteri Earl of Leicester yang tinggal berdekatan hutan ini.
Selepas Amy mati secara misteri, suaminya dikatakan telah bertembung dengan rohnya ketika sedang memburu di hutan.
Roh Amy memberitahu dia akan mati dalam masa 10 hari dan perkara tersebut terjadi. Takutnya!
6. Hutan Elfin, California
Sumber Gambar: Hikespeak.com
Hantu wanita memakai pakaian berwarna putih dan pokok berdarah? Siapa saja tak takut!
Itu antara cerita daripada rakyat tempatan mengenai hutan Elfin di Escondido, berhampiran San Diego, California.
Hutan ini dipercayai pernah menjadi rumah kepada kaum asli Amerika, seperti yang dibuktikan oleh beberapa artifak yang telah dijumpai di sana. Ia juga merupakan kawasan sebuah rumah orang gila yang sekarang ditinggalkan.
7. Hutan Dow Hill, India
Sumber Gambar: AmazingUnnatural.blogspot.com
Sekolah Lelaki Victoria, Dow Hill terletak di hutan Dow Hill, India telah menjadi salah satu kawasan yang paling berhantu di India.
Pelbagai cerita seram di sekolah tersebut seperti bunyi tapak kaki pada waktu malam walaupun pada waktu cuti sekolah!
Khabar angin mengatakan bahawa Hutan Dow Hill ini telah menjadi temoat kepada beberapa kes pembunuhan dan pelbagai perkara terjadi seperti penampakan seorang budak lelaki tidak berkepala.