Tenang Naik Minyak, Gajah Ini Bunuh Penjaganya – Manis Madu
Tenang Naik Minyak, Gajah Ini Bunuh Penjaganya

Tenang Naik Minyak, Gajah Ini Bunuh Penjaganya

Seorang penjaga gajah yang diberi nama ditemui mati setelah diserang haiwan buas itu.

 

Mangsa ditemui dalam keadaan yang mengerikan di Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir (KECV) yang mana perutnya terbelah dua setelah dipijak mamalia seberat kira-kira 2.2 tan itu.

 

Mangsa yang merupakan seorang warga Thailand, Anucha Tangsakun, 38 ditemui oleh rakan sekerjanya, Sangsai pada jam 8.15 pagi kelmarin.

 

Selepas itu, mereka telah menemui sekumpulan gajah yang tidak jauh dari kawasan kejadian dan menemui Tenang dengan kesan darah yang terdapat pada belalai dan tapak kakinya.

 

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superinten­dan Mohd. Adli Mat Daud berkata, sebelum kejadian, pekerja di KECV melihat mangsa melakukan kerja-kerja pembersihan, memberi makan dan membawa gajah mandi di sungai pada pukul 7.45 pagi.

 

“Semasa kejadian, si mati melepaskan ikatan rantai pada kaki Tenang untuk membawa haiwan itu mandi.

 

“Tenang tiba-tiba naik minyak dan menyerang mangsa di bahagian perut dan paha dengan menggunakan gadingnya,” kata­nya di sini semalam.

 

Menurut Kosmo, semasa kejadian, mangsa ada menjerit meminta tolong dan didengari rakannya Sangsai namun apabila tiba di tempat kejadian, mangsa sudah tidak bernyawa dan melihat kesan darah pada Tenang.

 

Sangsai kemudian meminta bantuan dari rakan sekerja lain untuk menenangkan Tenang dan kemudian memaklumkan kejadian terbabit kepada pengurusan KECV.

 

Beliau memberitahu, gajah berusia 22 tahun itu memang mengalami gangguan emosi setelah belalainya cedera apabila diserang oleh seekor gajah liar lain yang menceroboh perkampungan tersebut.

 

Tenang adalah gajah yang paling dominan dan paling lama tinggal di pusat konservasi itu setelah dibuka sejak 7 tahun lalu.

 

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Hulu Terengganu di sini untuk dibedah siasat,” katanya.

 

Setakat ini, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Sumber Gambar: Bulletin TV3

Post a Comment