Wanita Dibunuh Selepas Makan Malam Bersama Lelaki Gelandangan – Manis Madu
Wanita Dibunuh Selepas Makan Malam Bersama Lelaki Gelandangan

Wanita Dibunuh Selepas Makan Malam Bersama Lelaki Gelandangan

Keadaan santai bertukar tragis apabila seorang wanita dipukul dengan dahan pokok sehingga mati selepas pulang dari makan malam bersama seorang lelaki gelandangan, di Melbourne pada Mei 2019.

 

Susulan itu, lelaki yang dikenali Henry Hammond, 28, didapati tidak bersalah ke atas tuduhan membunuh Courtney Herron, 25,  kerana masalah mental yang dihadapinya.

Courtney Herron was bludgeoned to death with a tree branch

Menurut laporan Daily Star,  Hakim Philip Priest bagaimanapun mengesahkan bahawa keputusan tidak bersalah dicatatkan di Mahkamah Agung Victoria kerana Hammond dikatakan mengalami masalah mental ketika pembunuhan itu dilakukan. 

 

Pada bulan Mei tahun lalu, Herron dan Hammond berjalan bersama di Royal Park pada awal pagi.

 

Mangsa sempat bertanya kepada Hammond, “Kamu akan membunuhku?”

 

Hammond yang kehilangan tempat tinggal pada ketika itu kemudian memukul mangsa sehingga mati sebelum mengikat kaki mangsa dan menyeret tubuhnya ke tempat pembersihan.

 

Menurut rakaman CCTV yang dibuat sebelumnya, Hammond dilihat bermain dengan pisau ketika dia makan di meja di sebuah restoran. 

 

Laporan terperinci psikiatri telah membuktikan bahawa Hammond terkena Skizofenia iaitu penyakit mental yang serius dimana dia dalam khayalan dan terdengar suara sebelum membunuh mangsa.

 

Sumber Gambar: Daily Star

Post a Comment