Prank Ibu Makan Tahi Kucing, Reaksi Si Ibu Undang Tawa Warganet – Manis Madu
Prank Ibu Makan Tahi Kucing, Reaksi Si Ibu Undang Tawa Warganet

Prank Ibu Makan Tahi Kucing, Reaksi Si Ibu Undang Tawa Warganet

Ibu bapa serta adik-beradik sahaja menjadi teman suka dan duka di rumah. Tambahan pula dalam situasi pandemik yang memerlukan kita semua berada di rumah.Β 

 

Pelbagai aktiviti cuba dilakukan supaya dapat mengubat hati kerana tidak boleh bersosial di luar rumah.

 

Laman sosial media menjadi medan bagi kebanyakan individu berkongsi aktiviti harian mereka. Dengan itu, pelbagai kerenah dan perangai anak-anak bersama ibu bapa mereka di media sosial.

 

Perkongsian seorang lelaki di laman TikTok yang melakukan prank makan tahi kucing di depan ibunya mencuri tumpuan membuatkan videonya tular!

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang menyiapkan satu hidangan di dapur. Hidangan tersebut dipercayai adalah churros coklat.

 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah dia membuat hidangan tersebut bertujuan untuk prank ibunya!

 

Setelah selesai menggoreng, lelaki tersebut menyaluti churros itu dengan nutella serta serbuk milo sebelum meletakkannya di dalam bekas berisi pasir kucing seolah-olah tahi kucing.

 

Kemudian, dia bertindak untuk makan churros tersebut depan ibunya. Reaksi si ibu sangat terkejut sambil menjerit kerana beranggapan anaknya memakan tahi kucing!

 

β€œAstaghfirullah… Ya Allah, jangan di makan! Itu kan tahinya dia ini (merujuk kepada kucing),”

 

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur dengan reaksi ibunya itu. Malah, ramai yang geli seperti ibunya. Siapa jerr tak geli kan!

 

Video berkenaan telah mendapat 1.7juta tanda suka, 14.1k komen serta dikongsi sebanyak 15.8k di TikTok.

Post a Comment