Abang J&T Curi Tumpuan! Baru Ikat Rambut Dah Dapat Ramai Viewers – Manis Madu
Abang J&T Curi Tumpuan! Baru Ikat Rambut Dah Dapat Ramai Viewers

Abang J&T Curi Tumpuan! Baru Ikat Rambut Dah Dapat Ramai Viewers

Memiliki wajah yang sedap mata memandang sememangnya menjadi tumpuan ramai orang.

 

Baru-baru ini seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar barangan J&T tular di aplikasi TikTok selepas dia  memuat naik video di laman akaun miliknya @syad.0o.

Perkongsian video yang bersahaja itu telah mencuri perhatian ramai terutamanya golongan wanita kerana memiliki wajah yang kacak dan manis.

 

Video yang dirakam pemuda tersebut menampakkan dia sedang duduk di dalam van J&T sambil mengikat rambutnya yang panjang 

 

Setakat ini video berkenaan telah mendapat tontonan sebanyak 3.4 juta walaupun baru sahaja sehari yang lepas dimuat naik di laman TikTok.

 

Menjengah ke ruangan komen, ada sesetengah netizen memuji kekacakan dan wajah manis yang dimilik pemuda itu 

 

“ Tak tahu lah hensem ke cantik. But you got the features” – @sleepyheadelle

 

“ Kenapa yang kerja jnt ni hensem hensem je” – @myraazhrr

 

“ Ya Allah ingat perempuan tadi..sorry brosis” – @fd2608

 

Dalam pada pujian yang dilemparkan, ada juga netizen yang tidak berpuas hati dengan video yang dimuat naiknya kerana dituduh tidak membuat kerja dan hanya berTikTok sahaja.

 

“ Manis tak manis parcel aku dah 3 hari tak gerak ni macam mana” – @ermaiswaniuyob

 

“Padan la tak sampai sampai parcel aku main TikTok rupanya” – @narinezry

 

“Manis la juga tapi lagi manis kalau parcel dah start berjalan, dahlah seller post lamabat pastu jnt tak gerak.” – @leekncv

 

Kesian abang J&T tu, tiba-tiba dia jadi penyebab barang tak sampai-sampai. Betullah orang kata, disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.

Post a Comment