Pengetua Pecah Rekod Guinness! Hasilkan Mural Terbesar Dunia Guna Penutup Botol – Manis Madu
Pengetua Pecah Rekod Guinness! Hasilkan Mural Terbesar Dunia Guna Penutup Botol

Pengetua Pecah Rekod Guinness! Hasilkan Mural Terbesar Dunia Guna Penutup Botol

Khulood Al-Fadhli, seorang pengetua sekolah di Jeddah telah mencatatkan rekod baru dunia setelah berjaya menghasilkan mural terbesar di planet ini dengan menggunakan penutup botol, lapor Arab News.

mural terbesar di planet ini dengan menggunakan penutup botol

Pengetua Green Leaves Playgroup itu memecahkan rekod tahun lalu dengan peta dunia seluas 250 meter persegi menggunakan 350, 000 penutup botol plastik. Rekod sebelumnya adalah milik Caroline Chaptini dengan mural seluas 196.94 meter persegi di Miziara, Lebanon.

 

Bagi memenuhi syarat  memecahkan rekod  tidak semudah disangka ditambah pula dengan keadaan cuaca tidak menentu.

 

“Saya melalui hari-hari sukar terutama ketika cuaca tidak baik. Angin meniup semua penutup air saya dan terpaksa menunda projek selama seminggu. 

 

Tetapi dengan tekad, konsisten dan dengan bantuan sukarelawan saya dan terutama keluarga dan suami, saya meneruskannya dan tidak pernah putus asa,” katanya.

 

Difahamkan projek ini bertujuan memberi penerangan kepada tiga acara; Hari Alam Sekitar Sedunia – mengumpulkan plastik dan mengitar semula – Hari Lautan Dunia – tidak membuang plastik ke lautan atau laut kerana kesan negatifnya terhadap alam sekitar – dan Hari Perkhidmatan Awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu – pentingnya sukarelawan masyarakat. 

 

Al-Fadli mengatakan bahawa ketiga-tiga hari dunia tersebut memenuhi visi Arab Saudi 2030 beserta matlamatnya.

 

Tambahnya lagi, aktiviti mencipta seni daripada barang yang dapat dikitar semula adalah pengalaman yang memuaskan kerana menggabungkan dua perkara yang dia sukai iaitu penjagaan alam sekitar serta peta dunia.

 

Al-Fadhli memberitahu, melukis peta adalah perkara yang istimewa buatnya kerana sejak kecil lagi dia suka melukis peta.

 

“Sejak kecil, saya suka melukis peta. Saya tidak tahu mengapa tetapi rasanya seperti saya terbang. Melihat peta besar seperti mimpi,” katanya.

Sumber Gambar: Arab News

Post a Comment