Meghan Markle Bakal Jadi Presiden AS Untuk Kuasai Dunia? – Manis Madu
Meghan Markle Bakal Jadi Presiden AS Untuk Kuasai Dunia

Meghan Markle Bakal Jadi Presiden AS Untuk Kuasai Dunia?

Meghan Markle  berkemungkinan bertanding untuk jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi mencapai matlamatnya untuk menguasai negara itu dan seluruh dunia.

Menurut laporan The Sun, Tom Bower yang menulis biografi diraja mengenai Meghan berkata, ramalan tersebut dibuat kerana isteri Putera Harry itu yakin bahawa ‘takdirnya akan semakin cerah ke arah kemasyhuran dan kekayaan’.

 

“Ketika Harry selesai mempromosikan buku-bukunya, adakah Meghan akan melancarkan kempen globalnya untuk terlibat dalam arena politik AS?

 

“Sama seperti beliau menggoda keluarga diraja, adakah beliau akan turut ‘menggoda’ broker-broker kuasa untuk mempromosikan cita-cita politiknya ke dalam Senat dan mungkin lebih daripada itu dengan menggunakan persahabatannya dengan Naib Presiden AS, Kamala Harris serta Barack Obama?” soal  Bower.

 

Tambah Bower, dengan bantuan keluarga Clinton dan Obama, Meghan tidak akan menghadapi kesukaran untuk dicalonkan sebagai salah seorang daripada 40 ahli Kongres AS di Washington.

 

“Jika satu daripada dua kerusi Senat AS kosong dan beliau sudah mempunyai kepakaran dalam perdagangan, statusnya sebagai wanita berdarah campuran akan menjadi faktor yang kuat.

 

“Beliau juga boleh bertanding untuk jawatan gabenor, satu daripada jawatan paling berprestij di AS,” kata Bower.

 

Sebelum ini, seorang rakan Meghan pernah memberitahu majalah Vanity Fair bahawa alasan kenapa bekas aktres itu tidak membatalkan kewarganegaraan Amerika Syarikat ketika berkahwin dengan Harry adalah kerana beliau ingin mempunyai pilihan terbuka untuk menyertai kancah politik AS.

Post a Comment