Demam Olimpik! Top 5 Atlet Tercantik Olimpik Tokyo 2020 – Manis Madu
Top 5 Atlet Tercantik Olimpik Tokyo 2020

Demam Olimpik! Top 5 Atlet Tercantik Olimpik Tokyo 2020

Kejohanan sukan paling berprestij di dunia kini kembali lagi bagi edisi ke-32!

 

Acara yang dilangsungkan empat tahun sekali ini menjadikan Tokyo,Jepun sebagai tuan rumah pada tahun 2020.

 

Sukan Olimpik edisi ke-32 ini telah bermula pada 23 Julai 2021 dengan penyertaan lebih 11,000 peserta daripada 206 buah negara di seluruh dunia. 

 

Sejak kebelakangan ini juga banyak di media-media sosial yang terpegun melihat kecantikan atlet-atlet dunia yang mewakili Olimpik.

 

Jadi, hari ini Miera akan senaraikan antara Top 5 atlet wanita yang dikatakan tercantik dalam sukan Olimpik Tokyo 2020!

#Darya Klishina

Mendahului tempat kelima, Atlet lompat jauh yang mewakili negara Rusia ini antara salah satu atlet yang memiliki wajah yang cantik di sukan Olimpik 2020.

 

Dengan ketinggian 180 cm membolehkan gadis si tinggi lampai ini melibatkan diri dalam sukan lompat jauh.

 

Kecantikan yang dimiliki Darya Klishina ini pernah membuatkan pemain bola terkenal iaitu Cristiano Ronaldo terpikat dengannya.

 

Dia juga pernah digosipkan memiliki hubungan dengan Cristiano Ronaldo pada suatu ketika dahulu, tetapi sayangnya hubungan itu tidak berpanjangan.

#Zehra Gunes

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zehra Gunes (@zehragns18)

Atlet bola tampar berkumpulan yang berasal dari Turki ini lahir pada 7 Julai 1999 dan kini berusia 22 tahun. 

 

Selain dari prestasi yang ditunjukkannya dalam pertandingan Olimpik, Zehra Gunes yang memiliki paras rupa yang seakan model ini secara tidak langsung berjaya menarik perhatian penonton ketika bertanding di Olimpik Tokyo 2020.

 

Zehra Gunes bersama ahli kumpulan yang lain bagaimanapun berjaya membawa Turki ke peringkat seterusnya dengan mengalahkan China dengan skor 3-0.

 

Hebat! Bukan sekadar cantik tapi pandai bersukan pula tu. memang pakej!

#Ellie Carpenter

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ellie Carpenter (@elliecarpenterr)

Kecekapan bermain bola sepak bagi kategori wanita dianggap sangat hebat dan mengagumkan.

 

Ellie Carpenter yang merupakan pemain bola sepak wanita yang mewakili Australia dalam Olimpik Tokyo 2020 termasuk dalam senarai idaman para lelaki lebih-lebih lagi yang meminati sukan bola sepak.

 

Kecantikan dan kehebatan Elli dalam memikul tanggungjawab sebagai barisan pertahanan bola sepak sememangnya tidak dapat dinafikan.

 

Maklumlah, bukan semua wanita dapat bermain bola sepak dengan baik dan profesional.

 

Ellie Carpenter juga merupakan satu-satunya pemain termuda yang pernah beraksi dalam pertandingan National Women’s Soccer League (NSWL) dalam sejarah liga dan pada ketika itu usianya baru 18 tahun.

#Alica Schmidt

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ᗩlica Ѕchmidt (@alicasmd)

Alica Schmidt sering disebut sebagai atlet paling hot dari Jerman buat masa ini . 

 

Pelari cantik berusia 22 tahun ini mempunyai pengikut 2 juta di Instagram selepas memuatnaik beberapa gambar glamor sehingga mendapat gelaran atlet paling seksi di dunia.

 

Alica mula meningkat naik dan dikenali semasa dia membantu Jerman membawa pulang pingat  perak di Kejuaraan Atletik Eropa U-20 dalam larian 4×400 meter pada tahun 2017.

 

Dengan bakat, kecantikan dan bentuk badannya yang ideal, pasti ramai wanita di luar sana mengimpikan bentuk badan sepertinya.

#Farah Ann

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farah Ann Abdul Hadi (@farahann94)

Menduduki tempat pertama senarai atlet tercantik bagi Olimpik Tokyo 2020 tidak lain tidak bukan Farah Ann Abdul Hadi yang juga merupakan salah satu atlet Malaysia yang berjaya menempatkan diri dalam sukan Olimpik.

 

Siapa sahaja yang tidak mengenali Farah Ann dengan senyuman yang manis dan aksi yang mempesona ini kan.

 

Gadis kacukan Melayu Inggeris ini cukup memukau penonton semasa beraksi di gelanggang gimnastik baru-baru ini. 

 

Walaupun tidak berjaya menempatkan diri ke peringkat akhir tapi kita sebagai rakyat Malaysia sangat berbangga dengan usaha yang diberikan.

 

Farah Ann telah mengharumkan nama Malaysia pada temasya Sukan SEA di Filipina dua tahun lalu, Gadis manis ini berjaya meraih pingat emas kelimanya dalam sukan dwitahunan tersebut.

Wah! Memang terserlah kecantikan atlet-atlet Olimpik Tokyo 2020 kali ini, semua hebat-hebat dan menawan.

Post a Comment