Kadar Estrogen Tak Normal, Essential Oil Bagi Kesan Buruk Pada Kanak-Kanak?
Penggunaan minyak pati atau lebih dikenali sebagai essential oil memang famous dalam kalangan wanita.
Rata-rata menggunakan minyak ini untuk tujuan kesihatan sama ada untuk mendapatkan tidur yang lebih nyenyak, menghilangkan sakit kepala, sakit perut, memberi ketenangan, mengurangkan stress dan banyak lagi.
Kita boleh lihat di media sosial sekarang, banyak jenama terkenal yang menawarkan pelbagai jenis essential oil dengan kelebihan yang berbeza.
Namun baru-baru ini seorang wanita membuat perkongsian di laman Twitter berkaitan essential oil yang dikatakan bahaya untuk kanak-kanak.
Okay disclaimer: what you’re about to read is not to finger point at any specific brand(s). Berlapang dada & awal-awal aku cakap, anyone can agree to disagree. She just asked me to spread this awareness. Masalahnya: (seperti dalam screenshot) pic.twitter.com/YSjYlT23p5
— 10K (@antaintiom) August 8, 2021
Menurut perkongsian yang dibuat, wanita tersebut memuat naik tangkap layar perbualan antara dia dan rakannya tentang masalah kesihatan anak kepada rakan tersebut.
Difahamkan, kanak-kanak berusia 6 tahun itu mengalami breast development yang tidak normal di usia semuda itu.
Akibat risau dengan perkara itu, rakannya telah berjumpa dengan pakar dan mendapati kanak-kanak tersebut memiliki kadar estrogen yang tinggi yang tidak sepatutnya untuk peringkat umur seperti itu.
Setelah diselidiki, penggunaan essential oil dikatakan menjadi salah satu punca perkara itu terjadi.
Berdasarkan perkongsian tersebut, doktor menyarankan agar essential oil tidak digunakan jika terdapat kanak-kanak sedang membesar di rumah. Bagi golongan dewasa tiada masalah tetapi sebaiknya tidak digunakan kepada kanak-kanak.
Bukan sahaja essential oil tetapi apa-apa jenis pewangi juga tidak bagus untuk kegunaan kanak-kanak.
Wanita itu juga menambah, tujuan perkongsian itu dibuat adalah untuk menyebarkan kesedaran tentang perkara ini dan bukan ingin menjatuhkan mana-mana jenama essential oil di pasaran.