Sasar Wanita Gembira, Suspek Didakwa Cederakan 10 Wanita Di Stesen Kereta Api – Manis Madu
Sasar Wanita Gembira, Suspek Didakwa Cederakan 10 Wanita Di Stesen Kereta Api

Sasar Wanita Gembira, Suspek Didakwa Cederakan 10 Wanita Di Stesen Kereta Api

Seorang lelaki didakwa mencederakan 10 penumpang  wanita dalam sebuah kereta api di Tokyo, kelmarin sebelum menyerah diri kepada pihak polis.

 

Suspek yang dikenali sebagai Yusuke Tsushima, 36, ditangkap di sebuah kedai serbaneka dan memaklumkan kepada pihak polis bahawa dia terlalu penat untuk melarikan diri.

 

Menurut laporan Daily Mail, suspek bagaimanapun mengaku bahawa sasaran utamanya adalah wanita yang sedang bergembira dan memilih stesen kereta api kerana lebih ramai mangsa untuk dibunuh.

Suspek yang dikenali sebagai Yusuke Tsushima, 36, ditangkap di sebuah kedai serbaneka

Serangan itu berlaku di wad Setagaya Tokyo di sebelah barat kota beberapa batu dari tempat acara berkuda Olimpik.

 

Berikutan kejadian itu, syarikat kereta api berkenaan terpaksa menangguhkan beberapa perkhidmatan bagi memberi laluan pihak polis untuk membuat siasatan lebih lanjut.

 

Jabatan Bomba Tokyo memaklumkan sembilan daripada 10 penumpang yang cedera dibawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan dan berada dalam keadaan sedar.

 

Menurut saksi pertama, penumpang ketika itu bergegas keluar dari kereta api dan menjerit bahawa ada penikaman berlaku sebelum meminta pertolongan cemas dari orang sekeliling.

 

Manakala saksi kedua pula memberitahu dia melihat penumpang berlumuran darah keluar dari kereta api sejurus suspek melarikan diri dan meninggalkan pisau di lokasi kejadian.

 

Setakat ini, pihak polis tidak dapat memberi sebarang komen kerana tidak ada maklumat lanjut yang diperoleh berkaitan suspek tersebut.

 

Sumber Gambar: Daily Mail

Post a Comment