Sanggup Panjat Kapal Terbang Nak Berlepas Di Kabul, Sekurang-Kurangnya Lima Orang Terbunuh
Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh di Lapangan Terbang Kabul ketika ratusan orang cuba memasuki pesawat secara paksa meninggalkan ibu kota Afghanistan.
View this post on Instagram
Menurut Reuters yang memetik kenyataan saksi di tempat kejadian, masih tidak jelas sama ada mangsa yang terkorban itu telah ditembak atau kerana diasak oleh orang ramai.
Absolutely saddening visuals from the collapsed country, Afghanistan. People trying to escape the failed state. This is the epitome of despair and abandonment. Where are the aid agencies, the UN is also a failed body, no government. Total nihility 💔💔 pic.twitter.com/f1TKqJdINE
— Harjinder Singh Kukreja (@SinghLions) August 16, 2021
Situasi di lapangan terbang dipenuhi ribuan penduduk bandar Kabul yang cuba meninggalkan negara tersebut.
Susulan itu, tentera Amerika Syarikat telah dikerahkan ke lokasi kejadian dengan melepaskan tembakan ke udara.
Pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kematian yang berlaku.
Penerbangan komersial dalam misi membawa keluar rakyat Afghanistan ini terpaksa ditangguhkan oleh kerana situasi yang tidak terkawal.