Langgar Kereta Orang Tapi Tawar Coklat Untuk Minta Maaf? – Manis Madu
Langgar Kereta Orang Tapi Tawar Coklat Untuk Minta Maaf

Langgar Kereta Orang Tapi Tawar Coklat Untuk Minta Maaf?

Mengalami situasi kenderaan yang dicalar atau diremukkan semasa ketiadaan pemilik pastinya sesuatu yang tidak diduga dan mendebarkan.

 

Ada sesetengah orang akan melarikan diri lagi-lagi kalau tiada siapa yang melihat kemalangan tersebut dan ada juga yang bertanggungjawab atas kesalahan yang dibuat.

 

Menerusi video yang dikongsi oleh @Isanaguy di laman TikToknya, pemilik kereta berkenaan telah menerima sepucuk surat permohonan maaf serta dua keping coklat yang diselitkan di cermin kereta.

Di dalam surat itu, si pelaku meminta maaf kerana tidak dapat membayar kerosakan yang dibuat malah menggantikannya dengan dua keping coklat.

 

“Maaf kerana merosakkan kereta awak. Saya tidak mampu untuk membetulkannya tetapi inilah coklat untuk awak”

 

Pemilik kenderaan itu bagaimanpun sempat menunjukkan keadaan keretanya yang rosak dan remuk teruk akibat dilanggar.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menunjukkan reaksi tidak berpuas hati kerana si pelaku seolah melepas tangan walaupun tindakan dia memberikan coklat kepada pemilik kereta adalah baik.

SS_omg so nice guy

“At least he tried but chocolates is not going to help. He/she still has to somehow give her money to fix it or buy a new car because its his/her fault- @sandivaivods15.

SS_bro he mean put the chocolate on the damaged zone and it will be alright

“Bro he mean put the chocolate on the damaged zone, and it will be alright” – @acejoyoaxab.

SS_How is chocolate going pay for the damage

“How is chocolate going to pay for the damage” – @joelisle.

 

Video berkenaan telah menerima tontonan sebanyak 4.8 Juta dan lebih 6000 komen.

Post a Comment