Viral: Rahsia ‘Selamatkan’ Kentang Goreng Supaya Tak Lemau! – Manis Madu
Rahsia ‘Selamatkan’ Kentang Goreng Supaya Tak Lemau

Viral: Rahsia ‘Selamatkan’ Kentang Goreng Supaya Tak Lemau!

Bagi penggemar makanan di restoran makanan segera McDonald’s, antara menu wajib dibeli pasti kentang gorengnya. Kentang goreng atau fries dari McD ini memang sedap jika dinikmati ketika masih panas-panas!

french fries

Namun rasa dan teksturnya akan berubah jika sudah sejuk atau ditinggalkan lama. Kadang-kadang kita tak mampu nak habiskan semua dan niatnya nak makan nanti tetapi bila dibiar lama, kejung pula jadinya.

 

Haa, bagi sesiapa mengalami dilema ini Madu dah jumpa jalan penyelesaian buat korang! Lepas ini tiada lagi masalah pembaziran kerana fries kejung kebiasaannya akan dibuang begitu sahaja.

 

Madu terjumpa satu video yang dimuat naik melalui TikTok @laddllly yang berkongsi ‘hack’ untuk menyimpan fries supaya masih boleh dinikmati dengan baik.

 

Maduners boleh belajar cara wanita ini melipat bungkusan fries melalui video di bawah hingga menjadi sebuah kotak dan melindungi keseluruhan isi kentang goreng di dalamnya.

Madu pun tak sangka rupanya boleh dilipat-lipat seperti itu! Hack yang sangat berguna dan memudahkan.

 

Perkongsian video tersebut telah memperoleh 10.3 juta tontonan disertai 1.5 juta tanda suka. Ruangan komen di video tersebut juga dibanjiri dengan 13.7k komen dan dikongsi sebanyak 28.6k perkongsian.

Post a Comment