Yoga Sesuai Untuk Badan Yang Fleksibel Sahaja Ke? – Manis Madu

Yoga Sesuai Untuk Badan Yang Fleksibel Sahaja Ke?

“Teringin nak buat yoga, tapi malu sebab nak capai jari ke kaki pun tak sampai.”

 

Yoga semakin diminati di kalangan masyarakat kita pada ketika ini. Pusat yoga juga semakin banyak bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Bukan hanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur ataupun Penang, malah di Miri, Sarawak juga terdapat beberapa pusat yoga untuk kamu beryoga.

 

Jangan disebabkan badan kamu tidak fleksibel, kamu terus katakan tidak pada yoga. Untuk pengetahuan semua, walaupun badan kamu fleksibel, tidak bermaksud kamu hebat ketika melakukan yoga.

Sekiranya badan kamu tidak fleksibel (seperti saya), pada mulanya memang kamu akan mengalami sedikit kesukaran untuk melakukan beberapa postur yoga. Tetapi, setiap postur yoga ada variasinya, dari kamu yang baru pertama kali mencuba yoga sehinggalah yang sudah mahir.

 

Sebagai contoh, ketika kamu melakukan asana Padhasthasana, dimana kamu berdiri, dengan badan melengkung ke hadapan, tapak tangan menyentuhi lantai, dan dahi menyentuhi lutut dengan kedua-dua kaki kamu dalam keadaan lurus. Wow, memang nampak mudah bagi kamu yang fleksibel, tetapi bagi kamu yang pertama kali mencuba yoga, kamu akan merasa sedikit sakit di urat pelipat lutut (hamstrings).

 

Variasi untuk beginners, yoga instructor akan memberitahu kamu untuk membengkokkan sedikit kaki kamu dan kamu tidak perlu untuk meletakkan tapak tangan sehingga ke lantai, hanya letak di bahagian diantara lutut dan pergelangan kaki sudah mencukupi.

Sumber Gambar: Yogateket

 

Sekiranya kamu melakukan yoga selalu – hanya 2 hinga 3 kali seminggu, dalam beberapa bulan, badan kamu akan menjadi lebih fleksibel dari yang sebelumnya, bergantung pada jenis yoga yang kamu pilih juga. Yoga sesuai untuk semua lapisan masyarakat, jantina dan umur.

 

Jadi, tunggu apa lagi, Let’s  Yoga!

Post a Comment