Didakwa Bunuh Anak Baru Lahir Guna Tisu Tandas Gara-Gara Panik – Manis Madu
Didakwa Bunuh Anak Baru Lahir Guna Tisu Tandas Gara-Gara Panik

Didakwa Bunuh Anak Baru Lahir Guna Tisu Tandas Gara-Gara Panik

Seorang wanita di Jepun didakwa membunuh bayinya dengan melemaskan mangsa menggunakan tisu tandas di sebuah lapangan terbang.

 

Koyuri Kitai, 23, melahirkan bayi itu di Lapangan Terbang Haneda pada 2019.

 

Ketika kejadian, dia panik sebelum bertindak membunuh anaknya. Mayat bayi berkenaan kemudiannya ditanam di kawasan taman berhampiran lapangan terbang berkenaan.

 

Ketika kejadian, bekas penuntut universiti itu dalam perjalanan ke Tokyo dari rumahnya di Kobe untuk menghadiri temuduga kerja.

 

Namun dia melahirkan bayinya sebaik tiba di lapangan terbang.

 

Dalam laporan stesen penyiaran Jepun, NHK, Kitai memaklumkan kepada Mahkamah Daerah Tokyo, dia tidak mahukan bayi itu dan tiada pilihan selain membunuhnya.

 

“Doktor memberitahu saya tidak boleh menggugurkan kandungan dan saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

 

“Jika saya beritahu keluarga sudah tentu mereka terkejut dan saya tidak berani bercerita mengenai kelahiran bayi ini,” katanya.

 

Bayi perempuan itu ditemui ditanam di Minato, sebelum Kitai ditahan pada November tahun lalu.

Post a Comment