10 Pantang Larang Di Jepun, Elak Dipandang Sinis Jika Melancong Ke Sana!
Sebut sahaja negara Jepun, pasti ramai akan membayangkan negara maju dilengkapi dengan teknologi canggih serta negara yang memegang jolokan negara terbersih di dunia!
Sebelum ini, Madu pernah kongsikan tentang beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan ketika berada di Jepun kerana melibatkan kebudayaan, norma kehidupan dan menyentuh sensitiviti masyarakat di sana.
Hari ini Madu nak kongsikan lanjutan ‘pantang larang’ ketika berada di Jepun yang mungkin ramai belum tahu.
Elak Letak Barang Di Tempat Duduk!
Kalau Maduners nampak ada tempat kosong banyak-banyak begini dalam kenderaan awam, jangan sesekali letak barang anda di situ!
Pakai Pelitup Muka Jika Nak Cuba Pakaian!
Pantang larang ketika mencuba baju baru di bilik persalinan adalah Maduners tidak dibenarkan mencuba jika tidak memakai penutup muka. Ini bertujuan untuk mengelakkan baju baru daripada terkena kotoran/sisa alat solek.
Jangan Buka Pintu Teksi!
Di Jepun, jangan buka pintu teksi! Hidup di sana kan ibarat hidup di tahun 3020, mereka dibuka secara automatik.
Jangan Angkat Panggilan Dalam Pengangkutan Awam
Jangan berani untuk bercakap di telefon jika berada dalam pengangkutan awam! Bersedia menerima pandangan sinis daripada orang sekeliling.
Berdiri Kanan Atau Kiri Di Eskalator?
Jangan berdiri di sebelah kanan eskalator. Terus ke kiri jika anda tidak tergesa-gesa.
Dilarang Tawar Menawar
Dilarang menawar harga kalau nak membeli. Jepun bukan seperti kebanyakan negara Asia yang lain.
Bahasa Inggeris
Jangan harap semua orang tahu bahasa Inggeris. Cuba belajar beberapa bahasa Jepun untuk berkomunikasi.
Bermesra Di Kawasan Awam
Jangan melakukan tindakan Public Display of Affection (PDA) di khalayak umum.
Minum & Makan Ketika Berjalan
Kalau Maduners rasa boleh morning walk sambil minum kopi atau makan sesuatu di Jepun, korang salah! Menjadi salah satu perkara yang dilarang jika makan atau minum ketika berjalan.
Jangan Bersin!
Jangan bersin di khalayak ramai. Ini adalah tindakan yang kurang sopan dan agak menjijikkan.
Negara Jepun sangat tegas dan berdisiplin, jadi mereka banyak pantang larang atau larangan yang dilakukan untuk menjaga kebajikan semua orang dengan baik.