Coklat Boleh Kurangkan Tekanan, 5 Jenama Coklat Paling Terkenal Di Dunia!
Coklat merupakan manisan yang digemari hampir semua orang. Selain mempunyai rasa yang unik dan sedap, coklat juga ternyata memiliki pelbagai khasiat seperti mengurangkan risiko jantung dan mengurangkan stress/tekanan.
Hari ini, Madu akan senaraikan 5 jenama coklat paling sedap di dunia. Ada tak coklat kegemaran Maduners tersenarai?
Lindt Excellence Dark Chocolate
Coklat Lindt ini diperbuat daripada Switzerland. Ia didatangkan dengan pelbagai perisa dan jenis seperti coklat bar biasa dan truffle. Jenama ini bukan sahaja terkenal di Malaysia tetapi dikenali di serata dunia.
Godiva
Jenama Godiva boleh dikatakan antara yang famous juga kan? Untuk pengetahuan Maduners, nama Godiva di ambil kerana terinspirasi oleh legenda kuno Lady Godiva dari Coventry yang dikatakan memiliki sikap keberanian serta kemurahan hati.
The Belgian Dark Chocolate
Coklat hitam jenama The Belgian ini mengandungi 85% bahan koko di dalamnya dan pernah memenangi anugerah Superior Taste Award pada tahun 2017. Penggemar dark chocolate mesti love jenama ini!
Ferrero Rocher
Ferrero Rocher merupakan salah satu jenama mewah yang tidak asing lagi di Malaysia. Coklat mewah ini lazimnya diberi ketika majlis keraian atau sesuai juga dijadikan hadiah buat orang tersayang. Favourite siapa ini?
ROYCE’ Nama Chocolate
Jenama ini ditubuhkan di Sapporo, Hokkaido sejak tahun 1983. ROYCE’ mengeluarkan coklat yang kaya dengan aroma, rasa dan tekstur yang menarik. Nama Chocolate merupakan antara jenis coklat yang popular daripada ROYCE’.
Dalam banyak-banyak coklat ini, yang mana satu kesukaan Maduners?