Warganet Mohon Budaya Penjawat Awam ‘Curi Tulang’ Waktu Bekerja Diberhentikan! – Manis Madu
Warganet Mohon Budaya Penjawat Awam ‘Curi Tulang’ Waktu Bekerja Diberhentikan!

Warganet Mohon Budaya Penjawat Awam ‘Curi Tulang’ Waktu Bekerja Diberhentikan!

Warganet menerusi ciapan Twitter meluahkan perasaan marah apabila terdapat segelintir kakitangan awam yang tidak komited menjalankan tanggungjawab dengan mencuri tulang pada waktu bekerja, lapor Utusan Malaysia.

 

Baru-baru ini, tular di Twitter sebuah gambar yang memaparkan ciapan yang mengatakan budaya keluar minum pagi di pejabat kerajaan perlu dihentikan kerana ia menyusahkan rakyat yang mengunjungi jabatan-jabatan kerajaan tersebut.

Seorang pengguna Twitter meluahkan rasa kesalnya apabila ketika dirinya memerlukan bantuan kakitangan di pejabat, tapi kakitangan tersebut keluar untuk minum pagi.

 

“Waktu kerja sudah bermula, jika ingin minum pagi, bancuh kopi atau teh di pantry dan alas perut. Tak perlu keluar,” ciapnya di Twitter.

 

Seorang pengguna laman sosial tersebut @TerritorySM menulis ciapan yang seakan-akan menyindir pekerja awam yang didakwa mencuri tulang dan bukan penat bekerja.

 

“Lapan pagi punch in, lepastu keluar lepak. Habis lepak buat-buat kalut dekat pejabat lepastu keluar rehat. Habis rehat sambung berlakon. Pukul empat ready nak punch out, pukul lima sampai rumah buat muka penat,” tulisnya dalam ciapan itu.

 

Melihat ciapan yang tular ini, rata-rata pengguna Twitter meluahkan perasaan marah dan menceritakan pengalaman mereka semasa melakukan urusan di pejabat kerajaan, mereka juga menyatakan layanan di pejabat tersebut adalah sangat teruk.

 

True story, aku nak jumpa staff DBKL. Banyak kali pergi takda, macam-macam alasan orang meja sebelah bagi. One day, co-worker kata dia tengok site dekat Kepong. Aku pergi breakfast dekat Kampung Baru, dia duduk meja sebelah. Harey betul mengular,” luah AmirulFareezA.

 

Ini sangat la betul. Saya berapa kali call pejabat agama daerah Petaling, tak pernah pernah diangkat. Ke mana perginya semua staf? Kalau tengok Google review, ramai maki call tak berjawab. Nama je kerja dekat pejabat agama tapi haram nak layan orang,” tulis FathulAudreyHaz.

 

“Teringat dulu kita awal-awal pagi dah tercongok sebab nak pick up sijil yang hilang, tiba-tiba nampak akak-akak baru masuk sambil bawa plastik kuih haha bengang ye dahlah kena pergi KL,” tulis pelikhensem pula.

Post a Comment