Heboh Dengan MET Gala, Tapi Tahukah Anda Apa Itu MET Gala? – Manis Madu

Heboh Dengan MET Gala, Tapi Tahukah Anda Apa Itu MET Gala?

Tiap kali bulan Mei jer, mesti media sosial akan dipenuhi dengan gambar-gambar artis Hollywood dengan busana-busana yang cantik, indah dan sometimes pelik. Ini kerana bermulanya pameran MET Gala di New York. Jadi apa yang anda tahu mengenai MET Gala? Adakah ia semata-mata cuma fashion show atau majlis mewah?

Sumber Gambar: Divagalsdaily

 

MET Gala terdahulunya dikenali sebagai Costume Institute Gala, adalah satu majlis pengumpulan dana untuk Institut Metropolitan Museum of Art’s Costume yang terletak di New York, US. MET gala adalah salah satu simbol yang menunjukkan rasminya pameran fesyen tahunan dari Costume Institute’s.

 

Jadi kenapa artis-artis dan selebriti semua datang dengan mengenakan busana-busana dari jenama-jenama besar? Kenapa busana yang dikenakan kelihatan avant-garde? Ini kerana setiap tahun, pameran fesyen tahunan ini mempunyai temanya tersendiri. Antara tema-tema yang telah dibuat adalah seperti

Manus x Machina: Fashion In An Age Of Technology, 2016

 

China: Through the Looking Glass2015

 

Alexander McQueen: Savage Beauty2011

 

Superheroes: Fashion and Fantasy2008

Sumber Gambar: Harpersbazaar

 

Hah, inilah sebabnya kenapa mereka semua mengenakan busana yang agak lain dari yang lain. Tema ini akan diinterpretasikan oleh pereka-pereka baju dan jenama yang tersohor seperti Marc Jacobs, LV, Prada, Moschino, Gucci dan macam-macam lagi.

 

Tetamu yang diundang untuk malam MET Gala adalah beranggaran dari 650 – 700 orang, senarai tetamu telah dipilih oleh majalah Vogue dan diketuai oleh Anna Wintour. Tidak bermakna jika anda dijemput anda boleh pergi begitu sahaja, anda harus membeli tiket untuk ke MET Gala ataupun ditaja oleh jenama besar. Kebanyakan artis atau selebirti di Hollywood telah ditaja oleh jenama besar yang tertentu.

Sumber Gambar: The Telegraph

 

Segala kutipan malam itu akan salurkan ke Institut Metropolitan Museum of Art’s Costume, pada awal mulanya tiket ke MET Gala Cuma berharga USD 50. Bertujuan untuk menjemput cuma golongan kelas atasan yang mampu, tetapi kini ia telah diberikan nafas baru dengan mengetengahkan artis dan selebriti.

Sumber Gambar: Livingly

 

Tapi kalau anda ingin menghadiri MET Gala, ini tidak mustahil cuma anda perlu siapkan duit sebanyak USD 30,000 untuk satu tiket. WHAT!? Inilah harga untuk tiket per individu yang tidak ada dalam senarai jemputan majalah Vogue. Hah, siapa yang ada duit lebih tu pegi lah beli tiket satu untuk hadiri MET Gala tahun depan.

Post a Comment