10 Kelebihan Kesihatan Ketika Di Bulan Ramadhan – Manis Madu

10 Kelebihan Kesihatan Ketika Di Bulan Ramadhan

Apakah dia Ramadhan? Ramadhan adalah bulan puasa dan penghayatan bagi umat Islam sedunia. Ramadhan juga bermaksud “panas terik atau “terbakar”, kerana cuaca di Jazirah Arab pada bulan Ramadhan sangat panas. Dalam pengertian lain ia dinamakan Ramadhan kerana pahala orang yang berpuasa dapat membakar dosa-dosanya yang telah lalu.

 

Pada bulan puasa juga, jika anda ingin menurunkan berat badan ini adalah masa yang paling sesuai. Kevin Zahri, seorang pakar kesihatan pernah berkata, “Saya yakin 90% daripada kamu yang berpuasa, akan berjaya kurangkan berat badan tanpa apa-apa usaha sekalipun. Kenapa? Kerana sukar memenuhi keperluan kalori seharian kamu pada bulan puasa”.

Sudah sedia untuk mengetahui kelebihan kesihatan ketika bulan Ramadhan? Ayuh!

1. Kurang Berat Badan

Yes! Finally boleh kurangkan berat badan. Berapa KG boleh kurang tu? Bergantung my dear, ada sesetengah orang mengatakan bahawa mereka berjaya kurangkan sehingga 10KG!. Itu sungguh luar biasa sekali. Kalau 1KG seminggu lebih realistik tapi itu bukan gabungan lemak dan air.

2. Kawalan Diri

Puasa juga mengajar kita untuk mengawal pelbagai godaan kehidupan termasuk nafsu makan, merokok dan lain-lain. Dalam usaha kamu untuk kawal berat badan, kawalan nafsu makan adalah sangat penting. Masa nak berbuka tu, anda boleh kawal sedikit nafsu makan tu dengan hanya beli apa yang nak dimakan sahaja. Pada masa yang sama, kamu boleh berjimat dan dapat mengelak dari pembaziran makanan.

4. Kolesterol

 

Bagi kamu yang ada Kolesterol, bulan Ramadhan boleh membantu dalam mengurangkan tahap kolesterol LDL (low density lipo-protein) dengan meningkatkan kolesterol HDL (high density lipo-protein) dan ini juga dapat mengurangkan berat badan sepanjang bulan puasa.

5. Kurangkan Tekanan Darah

 

Berpuasa juga boleh kurangkan hypertension (tekanan darah tinggi). Ini hasil dari gabungan tahap insulin yang lebih rendah dan juga glukos darah yang lebih konsisten dan kekurangan water retention.

6. Ubah Gaya Hidup

Puasa sebulan berikan peluang keemasan untuk membuang tabiat-tabiat yang kurang sihat seperti merokok, makan berlebihan dan lain-lain. Kalau kamu sukar untuk membuang tabiat lama itu, don’t worry. Sekurang-kurangnya kamu boleh mengurangkan tabiat lama kamu itu.

7. Rehat

Ini sangat penting. Puasa bukan sahaja rehatkan system penghadaman tapi juga dapat rehatkan minda dan badan. Bagi kamu yang sudah aktif dengan bersukan, kamu boleh gunakan bulan puasa untuk berehat dari aktiviti fizikal/senaman untuk membaiki kecederaan ringan sepanjang tahun

8. Bantu Buang Ketagihan

 

Ingin membuang tabiat merokok, minum kopi berlebihan dan lain-lain? Jangan sia-siakan peluang berpuasa sebulan untuk mengambil langkah pertama. Mana tahu berjaya?

9. Kawal Stress

Ketenangan dan pengubahsuaian fokus utama kehidupan daripada duniawi kepada akhirat bantu kurangkan stress! Disamping itu, kita dapat pahala. InsyaAllah.

10. Lain-Lain

Selain itu, puasa Ramadhan atau puasa sunat mempunyai pelbagai kelebihan untuk diri, kesatuan keluarga, mengeratkan silaturaahim dan lain-lain lagi.

Post a Comment