Sakit Mata Tengok Peti Sejuk Banyak ‘Khazanah’, Wanita Lakukan Kerja Pembersihan Ketika Ibu Tiada Di Rumah – Manis Madu
Wanita Lakukan Kerja Pembersihan Ketika Ibu Tiada Di Rumah

Sakit Mata Tengok Peti Sejuk Banyak ‘Khazanah’, Wanita Lakukan Kerja Pembersihan Ketika Ibu Tiada Di Rumah

Tidak dapat dinafikan, sudah menjadi kelaziman buat para ibu dalam golongan kumpulan warga emas mempunyai tabiat suka menyimpan atau mengumpul barangan.

 

Kadang-kadang, barangan tersebut sudah tidak boleh digunakan atau dimakan tetapi masih disimpan atas alasan ‘sayang’ atau tidak mahu membazir.

 

Begitu juga dengan situasi kepada seorang pengguna TikTok ini yang ibunya mempunyai tabiat sama sehingga peti sejuknya dipenuhi pelbagai jenis lauk dan makanan!

@rashidahrainuddinmesti biasa kan?😁mak2 yg syg nk buang makanan,disimpn semua dlm peti ais..so tiber ms tuan umh pegi bercuti..kita OPERASI besar besaran😁🤭JOM💥💥♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Dek kerana ‘sakit mata’, wanita berkenaan mengambil kesempatan ketika ibunya tiada di rumah untuk melakukan ‘kerja-kerja pembersihan’.

 

“Dah lama aku tunggu saat ini,” tulis keterangan video wanita berkenaan.

 

Menurut wanita itu, dia mengambil masa lebih kurang dua jam untuk melakukan operasi pembersihan tersebut.

buang buang buang

“Macam-macam ada… lauk sotong pedas, sotong kicap. Mak ayah tinggal berdua, kalau tak habis, simpan dalam peti sebab sayang nak buang. Dengan bekasnya sekali saya buang,” ujar wanita itu.

 

Tidak menyangka perkongsiannya meraih jumlah tontonan yang tinggi, wanita itu berkata dia sekadar berniat untuk berkongsi tabiat lucu ibunya.

 

“Sebenarnya mak-mak orang lain pun macam tu juga. Tapi sebab ibu sendiri pun sama, saya saja nak share. Tak sangka pula tiba-tiba views banyak. Ini pun ibu saya tak tahu video peti aisnya viral. Kalau dia tahu, entahlah macam mana reaksinya,” ujarnya.

Post a Comment