Kereta Ikut Tenggelam Dalam Air Bah, Ikuti Langkah-Langkah Ini Untuk Selamatkan Kereta Korang!
Melihat situasi banjir kali ini, selain kediaman serta barangan peribadi musnah, kenderaan juga antara yang menjadi mangsa. Banyak kenderaan seperti kereta yang ikut tenggelam dalam air bah baru-baru ini.
Sri muda lps air surut pic.twitter.com/sF7cHSuI8F
— Eddy 80 (@Jumaidi80) December 20, 2021
Oleh yang demikian, melalui laman Instagram, seorang car enthusiast ada berkongsi beberapa langkah yang perlu dilakukan jika kereta ditenggelami banjir. Maduners boleh ikut langkah-langkah ini!
View this post on Instagram
1. Jangan cuba ‘start’ kereta
Maduners jangan cuba-cuba untuk hidupkan kereta selagi belum betul-betul kering. Pastikan keadaan kereta korang sudah sepenuhnya kering, barulah hidupakan.
2. Telefon ‘insurance service centre’ segera
Terdapat insurans yang menawarkan perlindungan banjir dalam pakej komprehensif. Maduners call je dan tanya tentang pakej yang korang ambil. Kalau insurans korang tak cover, masih boleh minta tunda kereta di tempat yang selamat atau terus ke bengkel.
3. Keringkan cabin
Letak tuala atau kain atas lantai untuk kesan sebarang kehadiran air dalam kabin. Ini juga dapat membantu menggantikan bahagian yang terjejas seperti karpet lantai, panel pintu dan pelapik kerusi. Jangan lupa, kerosakan itu mungkin turut dilindungi polisi insurans.
4. Periksa minyak dan penapis udara
Jika nampak air dekat pada tolok minyak (tempat check level minyak hitam), atau terdapat air pada penapis udara, jangan sesekali hidupkan enjin!
5. Periksa semua cecair
Sistem bahan api pada model kenderaan baru selalunya ditutup rapi tetapi kalau model lama mungkin perlu dikeringkan. Brake, clutch, power steering, coolant tank perlu diperiksa supaya tiada pencemaran.
6. Periksa semua sistem elektrikal
Kalau semua benda sudah diperiksa dan selamat untuk dihidupkan, ‘start’ kereta korang dan periksa semua sistem elektrikal. Periksa semua satu persatu komponen elektrik. Lampu depan, lampu signal, aircond, radio, central lock alarm, tingkap, kerusi dan lampu kabin. Periksa semuanya tau!
Jika Maduners perasan ada sebarang kekurangan pada enjin atau ada ‘jerk’ pada gear dan enjin, itu menandakan berlaku masalah elektrikal. Segera hantar ke bengkel DAN INGAT, kereta korang mungkin dilindungi insurans.
7. Periksa tayar dan roda
Sebelum nak mulakan pemanduan, cari kesan lumpur atau selut yang mungkin terkumpul sekitar rim, tayar, brek dan bawah kereta. Periksa juga lumpur-lumpur yang sudah mengeras dan bersihkan terlebih dahulu kerana risau tertutup mana-mana lubang saliran.
8. Umumkan ‘Total Loss’
Akhir sekali, umumkan ‘total loss’ jika Maduners tidak pasti samada boleh baiki kereta itu atau tidak. Untuk mengelakkan kos baik pulih tersembunyi yang tinggi, pengisytiharan ‘total loss’ mungkin dapat selamatkan duit dan tak buatkan korang pening kepala!
Untuk pengetahuan Maduners, kereta yang ditenggelami banjir boleh mengalami masalah berbulan malahan bertahun lama selepas kejadian. Kalau korang yakin bengkel tak dapat baiki sebaiknya, mungkin boleh minta pihak insurans pertimbangkan untuk isytiharkan kereta korang sebagai ‘total loss’.
Madu harap tips ini dapat membantu korang yang menjadi mangsa banjir besar kali ini. Semoga urusan korang dipermudahkan ya!