Lebih 200,000 Petisyen Dihantar Ke Blue House Di Korea Selatan, Snowdrop Digesa Henti Tayangan – Manis Madu
Lebih 200,000 Petisyen Dihantar Ke Blue House Di Korea Selatan, Snowdrop Digesa Henti Tayangan

Lebih 200,000 Petisyen Dihantar Ke Blue House Di Korea Selatan, Snowdrop Digesa Henti Tayangan

Baru bersiaran dua episod, drama Snowdrop menerima bantahan daripada penonton gara-gara dakwaan berlakunya penyelewengan fakta.

Naskhah yang dibintangi oleh anggota kumpulan Blackpink iaitu Jisoo di samping aktor Jung Hae-in berkenaan mula menemui peminat menerusi episod pertama pada 18 Disember lalu.

 

Berdasarkan petisyen yang dikeluarkan, drama berkenaan memaparkan tindakan watak pelakon wanita utamanya secara tidak sengaja telah menyelamatkan perisik yang terlibat dalam gerakan pro-demokrasi.

Ketika babak pegawai di Agency for National Security Planning memburu perisik itu (dilakonkan oleh Hae-in), drama berkenaan memainkan lagu sejarah yang merupakan simbolik terhadap gerakan tersebut.

 

Rata-rata penonton yang menyaksikan episod berkenaan berasa kurang senang kerana mendakwa tindakan tersebut adalah salah.

 

Petisyen yang sudah dihantar ke Blue House (pejabat Presiden Korea Selatan) sehingga Isnin lalu ditandatangani oleh lebih 200,000 penonton.

Post a Comment