Rakam Potongan Babak Dalam Panggung Wayang, Adik Neelofa Tak Tahu Peraturan? – Manis Madu
Rakam Potongan Babak Dalam Panggung Wayang, Adik Neelofa Tidak Tahu Peraturan_

Rakam Potongan Babak Dalam Panggung Wayang, Adik Neelofa Tak Tahu Peraturan?

Kegiatan merakam dalam panggung wayang adalah satu kesalahan. Madu rasa semua sudah sedia maklum tentang peraturan ini. Merakam dah salah, apatah lagi jika memuat naik di media sosial. Double salah!

 

Semalam, syarikat panggung wayang, GSC menerima aduan daripada pengguna Twitter tentang kegiatan merakam dalam panggung wayang dan dimuat naik di media sosial.

 

Wanita yang dikenali sebagai @ayshardzn ini memuat naik tangkap layar Instagram stories seorang Instafamous yang juga adik kepada selebriti dan usahawan kontroversi, Neelofa.

Ameera Khan atau lebih dikenali dengan gelaran @littlemisskhan didakwa merakam potongan babak filem House Of Gucci yang ditonton di panggung wayang dan dimuat naik ke media sosial menerusi Instagram stories.

 

Perkara itu telah mendapat maklum balas segera daripada pihak GSC yang dilihat meninggalkan komen di bawah ciapan wanita tersebut.

Isu ini juga telah mendapat maklum balas yang pelbagai daripada netizen. 

 

Ada yang marah, minta tindakan keras di ambil, tidak kurang juga yang memberi pelbagai saranan yang patut dilakukan pihak panggung wayang bagi mengelakkan situasi ini berlaku lagi.

 

Berhubung isu ini, Ameera Khan dilihat masih mendiamkan diri dan tidak memberi sebarang maklum balas atau penjelasan mengenainya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ameera Khan (@littlemisskhan)

Post a Comment