Wanita Jual Kentut Sudah Hentikan Penjualan, “Setiap Kali Cuba Bernafas, Hati Seperti Dicubit” – Manis Madu
Wanita Jual Kentut Sudah Hentikan Penjualan, “Setiap Kali Cuba Bernafas, Hati Seperti Dicubit” (1)

Wanita Jual Kentut Sudah Hentikan Penjualan, “Setiap Kali Cuba Bernafas, Hati Seperti Dicubit”

Ingat lagi tak tentang seorang bekas bintang realiti televisyen di Amerika Syarikat yang berjaya menjana pendapatan sebanyak AS$200,000 (RM838, 500) hanya dengan menjual kentutnya di dalam balang?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Stephanie Matto (@stepankamatto)

Baru-baru ini, dia dilaporkan telah dimasukkan ke hospital akibat kentut terlalu banyak, lapor laman berita Daily Mail.

 

Steph Matto, 31, dari Connecticut dikejarkan ke unit kecemasan sebuah hospital selepas mengalami kesakitan pada dada.

 

Dia pada mulanya menyangka diserang sakit jantung atau strok dan akan meninggal dunia pada bila-bila masa.

 

Doktor melakukan ujian darah terhadap Matto dan kemudian memaklumkan bahawa gejala yang dialami wanita itu adalah kerana badannya menghasilkan terlalu banyak angin yang berpunca daripada amalan pemakanannya yang kerap memakan telur, kekacang dan pisang.

 

“Saya fikir saya diserang sakit jantung atau strok. Saya telah melakukannya secara berlebihan,” katanya.

 

Matto mula menjual kentut pada November tahun lalu selepas menerima permintaan dari peminatnya.

 

Namun, Matto mula merasakan sesuatu tidak kena pada badannya ketika dia berbaring dan merasakan tekanan pada perutnya.

 

“Saya sukar bernafas dan setiap kali saya cuba untuk bernafas, saya berasa seperti hati saya dicubit,” katanya.

 

Matto dinasihatkan untuk mengubah dietnya dan mengambil ubat penahan angin. Dia juga telah berhenti daripada menjual kentutnya.

Post a Comment