Indahnya Bali! Tips Melancong Ke Bali
Apabila kita memperkatakan percutian, Bali pasti tidak lari dari salah satu tempat percutian yang sering diperkatakan ataupun tempat yang selalu dikunjungi. Bagaimana dengan anda? Pernah tak anda bercuti ke Bali?
Bali merupakan salah satu wilayah yang terletak di Indonesia. Bali dikenali sebagai Pulau Dewata dan terletak di antara Pulau Jawa dan Pulau Lombok. Bali adalah salah satu destinasi yang selalu dikunjungi oleh pelancong dari seluruh dunia.
Tempat mana yang harus anda lawati jika anda ke Bali? Berikut merupakan beberapa tempat yang harus anda lawati jika anda ke Bali.
Pasar Ubud
Sumber Gambar: BaliGetAway
Dikenali sebagai Pasa Seni Ubud, terletak di Ubud dan bertentangan dengan Puri Saren Ubud. Pasa Seni Ubud dibuka setiap hari. Jika anda berminat ingin membeli barang-barang seni buatan Bali, ataupun ingin membeli buah tangan untuk keluarga dan kawan-kawan, Pasar Seni Ubud pasti tidak akan mengecewakan anda.
Kuil Uluwatu
Sumber Gambar: Balicheapesttours
Terletak lebih kurang satu jam dari Kuta, kuil ini pasti akan menjanjikan pemandangan dan suasana lain daripada yang lain. Jangan lupa untuk melihat persembahan Kecak kerana sudah tidak jauh dari Uluwatu Kecak & Fire Dance.
Kuta
Sumber Gambar: Bali-Indonesia
Kalau pergi Bali, tempat wajib yang harus dilawati adalah pantai Kuta. Daerah Kuta mempunyai banyak tempat yang menarik, seperti tempat makan dan juga tempat untuk melepak sambil menikmati pemandagan yang indah.
Seminyak
Sumber Gambar: Bali-Indonesia
Jika ingin dibandingkan dengan Kuta, Seminyak adalah kawasan yang lebih santai. Jika anda ingin menikmati Spa Bali, cubalah cari di kawasan ini kerana terdapat banyak tempat yang menawarkan servis spa.
Canggu
Sumber Gambar: Saltinourhair
Merupakan tempat yang sangat terkenal dengan pantai-pantai yang sangat indah dan cantik. Kawasan ini terletak dalam 20 minit dari Seminyak dan sudah tidak jauh dari Tanah Lot. Jika anda seorang yang suka pantai, this place is a must!