‘Benda Kecil’ Melekat Di Dinding Rumah! Nampak Kecil Rupanya Beracun! – Manis Madu
Phereoeca Uterella-Kamitetep Melekat Di Dinding Rumah

‘Benda Kecil’ Melekat Di Dinding Rumah! Nampak Kecil Rupanya Beracun!

Perasan tak ‘benda kecil’ yang selalu melekap di dinding rumah atau dinding almari kayu?

 

Sekali pandang, memang tak perasan sebab bentuk dia seakan serpihan kulit pokok! Rupa-rupanya ‘benda kecil’ itu adalah sejenis serangga.

Pernah terjadi tak pada Maduners, tiba-tiba jerr muncul benjolan di bahagian tertentu badan? Nak kata nyamuk, rasanya bekas gigitan nyamuk tak terlalu besar. Lebih parah apabila benjolan itu tak hilang walaupun sudah berminggu-minggu. Sakit dan sangat gatal pula!

@batrisyiamahroseCareful semua !! benda ni selalu ada dekat dinding, nampak macam habuk tapi bukan♬ #itsyou – ☻

Kalau diperhatikan betul-betul, di bahagian tengah benjolan itu biasanya terdapat bekas luka gigitan dalam bentuk lubang kecil sebesar jarum.

 

Haa, kalau Maduners nak tahu, haiwan kecil inilah puncanya!

 

Di Indonesia, serangga ini sering disebut Kamitetep atau nama saintifiknya Phereoeca Uterella.

 

Kamitetep adalah larva atau ulat daripada sejenis rama-rama, biasanya akan membawa cengkerang yang bersaiz seperti biji timun untuk dijadikan tempat tinggal. Kecil jerr, kira-kira sebesar ulat sampah.

Screenshot_6 (1)

Walaupun Kamitetep tidak akan keluar sepenuhnya dari kepompong, tetapi hanya sebahagian atau separuh badan yang akan keluar untuk mencari makanan.

 

Kamitetep adalah serangga atau hama parasit. Serangga beracun kecil ini biasanya akan memakan fabrik kain dan jaring labah-labah kecil. Padanlah selalunya dia juga suka melekap pada sarang labah-labah!

Haiwan ini biasanya tinggal di tempat yang tersembunyi tetapi mempunyai suhu yang hangat seperti di bawah katil atau sofa, kerana haiwan ini juga akan makan di atas kain yang terdapat di sekitarnya.

 

Haa, sebab itu korang mesti membersihkan kawasan-kawasan ini dengan kalau tak mahu terkena sengatan serangga kecil tapi berbisa ini.

 

Tubuh kamitetep setelah menjadi rama-rama akan mempunyai sayap yang panjangnya sekitar 13 mm. Perkara yang sangat mengagumkan dan mengerikan adalah, rama-rama dari kamitetep masih dapat bertelur sebanyak 200 biji dalam satu putaran telurnya. Telur akan disembunyikan di tempat yang mereka anggap selamat sehingga boleh menetas. Omooo, goose bumps jap dengar! 

 

Semasa menyengat atau menggigit, biasanya Kamitetep akan meninggalkan bulu di tempat yang disengat. Bulu itu yang akan menyebabkan lebam dan bengkak dengan rasa sakit dan gatal yang teruk.

 

Bengkak dan lebam yang disebabkan oleh sengatan serangga biasanya akan kekal selama beberapa hari bahkan lebih dari satu minggu kemudian akan menjadi hitam jika dibiarkan.

 

Luka digigit Kamitetep boleh dirawat dengan menyapu balm atau boleh juga gunakan ubat gatal. Tetapi kebiasaannya gatal akan tetap terasa setelah kesan balm atau ubat gatal itu hilang.

Screenshot_8 (1)

Ada juga cara tradisional yang cukup berkesan bagi merawat gatal setelah digigit serangga beracun ini iaitu dengan meletakkan pita atau pelekat pada benjolan daripada bekas gigitan Kamitetep. Setelah pita diletakkan di bahagian benjolan, tarik secepat mungkin sehingga bulu penyengat haiwan itu dikeluarkan oleh pita.

Maduners juga boleh praktikkan 5 tip ini untuk mengatasi masalah serangga Kamitetep ini.

 

  1. Wajib pastikan ruang simpan baju atau almari pakaian tidak lembab.
  2. Maduners perlu memastikan pakaian yang dibasuh betul-betul kering sebelum dimasukkan ke dalam almari atau tempat simpanan pakaian.
  3. Jaga kebersihan kawasan rumah terutamanya habuk yang banyak dan barang-barang yang tidak digunakan lagi.
  4. Kalau Maduners sedar kehadiran Kamitetep, wajib untuk korang buat pembersihan dan penyelenggaraan di seluruh ruang dan hapuskan segera serangga tersebut.
  5. Bersihkan sarang labah-labah atau dipanggil juga sebagai sawang yang terdapat di dalam rumah. Sawang juga dikatakan amat disukai binatang unik dan kecil ini.

Sekarang dah tahu ‘benda kecil’ yang selalu melekap di kawasan rumah itu apa. Serangga beracun rupanya! Lepas ini, Maduners boleh lebih berhati-hati dengan kehadiran serangga ini. Hapuskan dengan segera jika tak mahu dia memudaratkan korang!

Post a Comment