Neelofa & Haris Sambut Cahaya Mata Sulung, Namakan Anak Muhammad Bilal – Manis Madu
Neelofa & Haris Sambut Cahaya Mata Sulung, Namakan Anak Muhammad Bilal

Neelofa & Haris Sambut Cahaya Mata Sulung, Namakan Anak Muhammad Bilal

Selebriti terkenal Neelofa selamat melahirkan anak sulung lelaki pada Sabtu lalu. Putera sulung yang dilahirkan di sebuah hospital di ibu negara itu diberi nama Muhammad Bilal Muhammad Haris. 

 

Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi kenyataan media yang dikeluarkan suaminya, Haris Ismail.

 

“Assalamualaikum, alhamdulillah. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya, isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat melahirkan putera sulung kami pada 29 Januari 2022 pukul 3.44 petang.

nee (1)

“Syukur alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga.

 

“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Tambah Haris, dia turut memohon agar semua menitipkan doa bagi kesejahteraan isteri dan zuriatnya.

 

“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara,” katanya lagi.

 

Sementara itu laman sosial Neelofa dibanjiri ribuan ucapan tahniah daripada peminat yang mendoakan kesejahteraannya dan anak.

 

Untuk rekod, Neelofa dan Haris selamat bernikah di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Sejak Julai tahun lalu, berita mengenai kehamilan Neeofa hangat diperkatakan umum, namun pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu kekal dengan pendirian untuk tidak berkongsi lanjut mengenai status kandungannya sehinggalah perkara tersebut dikongsikan baru-baru ini dalam sebuah majlis pelancaran produk baharu keluarannya.

 

Antara pendekatan Neelofa yang menarik perhatian ramai adalah lebih baik berkongsi tentang kelahiran berbanding kehamilan.

Post a Comment