Pengakuan ‘Menjijikkan’, Wanita Mengaku Hirup Darah Haid Dan Jadikan Masker Muka! – Manis Madu
Pengakuan ‘Menjijikkan’, Wanita Mengaku Hirup Darah Haid Dan Jadikan Masker Muka!

Pengakuan ‘Menjijikkan’, Wanita Mengaku Hirup Darah Haid Dan Jadikan Masker Muka!

Seorang selebriti media sosial Sepanyol tampil membuat pengakuan ‘menjijikkan’ mengenai tabiatnya yang aneh, lapor India.com.

 

Jasmine Alicia Carter, 30, mendedahkan bahawa dia meminum darah haidnya dan mendakwa amalan berkenaan baik untuk kesihatannya.

Bukan itu sahaja, dia juga mendakwa melakukan amalan menyapu darah haid pada muka dan menggunakannya untuk menghasilkan lukisan.

 

Jasmine mendakwa darah haid ‘sangat padat dengan nutrien’ seperti protein, zat besi dan sel stem.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu juga menambah, terdapat banyak cara untuk ‘memanfaatkan’ darah haid jika seseorang memilih untuk mengumpulnya.

 

Menjelaskan proses mengenai amalannya itu, Jasmine berkata dia mengumpul darah haid segar dengan menggunakan cawan dan menghirupnya.

 

Dia kemudian menuang darah tersebut ke dalam bekas, sebelum menyapunya menggunakan berus atau jari untuk dijadikan ‘masker’.

Jasmine merupakan mentor yang melatih wanita untuk ‘memahami kesucian yang wujud dalam keseluruhan kitaran haid mereka’.

 

“Kami berada di sini kerana faraj dan darah kami. Wanita bagaimanapun tidak mengambil kredit secukupnya untuk hal tersebut,” ujarnya.

Post a Comment