Resipi TikTok Viral Crab Rangoon, Creamy & Rangup! – Manis Madu
Resipi TikTok Viral Crab Rangoon, Creamy & Rangup!

Resipi TikTok Viral Crab Rangoon, Creamy & Rangup!

Sejak dua menjak ini, viral di TikTok dan media sosial tentang satu resipi kudapan iaitu Crab Rangoon. Haa, mesti Maduners perasan resipi ini lalu di timeline masing-masingkan?

 

Maduners dah pernah cuba ke Crab Rangoon ini? Kalau belum, korang memang patut cuba buat! Rasa dia sangat sedap, creamy dan sesuai dijadikan snek dan kudapan keluarga! Jom Madu kongsikan cara-cara buat kudapan viral ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kelly | Foodtasia (@foodtasia)

Bahan-bahan:

  • 1 buku cream cheese
  • 1 paket crab stick
  • 2-3 tangkai daun bawang
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ sudu teh lada hitam
  • Sedikit minyak bijan
  • Kulit wantan
  • Minyak

Cara Penyediaan:

  1. Pertama sekali, potong kecil crab stick, 2 ulas bawang putih dan daun bawang. Masukkan ke dalam mangkuk.
  2. Kemudian, masukkan 1 buku cream cheese diikuti lada hitam dan sedikit minyak bijan ke dalam bahan-bahan tadi. Gaul semua bahan hingga sebati.
  3. Gunakan kulit wantan dan masukkan bahan tadi sebagai inti. Kelim wantan tersebut dengan kemas sebelum menggoreng.
  4. Goreng dengan minyak yang panas hingga keperang-perangan. Crab Rangoon siap!

 

Crab Rangoon ini mempunyai rasa yang berlemak, rangup dan segar. Memang sesuai sangat untuk hidangan kudap-kudap ketika minum petang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hamdan Mubarak (@hamdanmubarak_)

Cara penyediaannya juga sangat simple dan bahan-bahan yang digunakan tak rumit. Maduners kena cuba di rumah!

Post a Comment