Pertama Kali Digunakan! Ladang Bunga Matahari Guna Teknologi Dron Bagi Tujuan Penanaman – Manis Madu
Pertama Kali Digunakan! Ladang Bunga Matahari Guna Teknologi Dron Bagi Tujuan Penanaman

Pertama Kali Digunakan! Ladang Bunga Matahari Guna Teknologi Dron Bagi Tujuan Penanaman

Pemandangan ladang bunga matahari bukan satu perkara baharu di Australia yang menjadi penempatan kepada lebih 24,000 spesies tanaman.

olga-subach-MQAtUT_TJpU-unsplash (1)

Namun, sebuah ladang bunga matahari yang terletak di Queensland ini menggunakan teknologi dron sepenuhnya untuk tujuan penanaman.

jason-blackeye-XYrjl3j7smo-unsplash (1)

Menurut laporan, teknik menggunakan dron telah lama digunakan bagi penanaman barli dan gandum.

 

Namun, bagi pokok bunga matahari, ia adalah sesuatu yang baharu dan masih lagi dalam peringkat ujian.

 

Pandora Bevans, yang menghasilkan tanaman itu di ladang di Cambooya mengakui bahawa kaedah yang digunakannya itu bakal menjadi satu permulaan baharu.

 

“Kebiasaannya ia ditanam di tepi lebuhraya yang mana orang ramai akan meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan dan ia sangat bahaya atau dikira sebagai menceroboh harta persendirian petani, oleh itu kami memutuskan untuk membuka ladang supaya orang ramai dapat singgah dan mengambil gambar yang cantik,” katanya.

 

Inovasi yang dimulakan Bevans yang sudah menunjukkan hasilnya turut menjadi tarikan kepada penduduk tempatan dan pelancong untuk bergambar dengan berlatar belakangkan pemandangan indah.

Post a Comment