“Ada Mengembek Saya Kejap Lagi”, Nak Beli Susu Kambing, Tersalah Beli Susu Untuk Kambing – Manis Madu
“Ada Mengembek Saya Kejap Lagi”, Nak Beli Susu Kambing, Tersalah Beli Susu Untuk Kambing

“Ada Mengembek Saya Kejap Lagi”, Nak Beli Susu Kambing, Tersalah Beli Susu Untuk Kambing

Salah faham berkenaan produk susu kambing antara seorang peniaga dan pelanggannya menjadi tular di media sosial, lapor Kosmo!

 

Melalui perkongsian di Facebook Visit Melaka, difahamkan pelanggan lelaki tersebut menghubungi peniaga berkenaan untuk membeli susu kambing.

Bagaimanapun, peniaga itu yang tidak berada di rumah ketika itu hanya meminta pelanggannya mengambil sendiri susu kambing berkenaan di rumahnya.

 

Apa yang mengejutkan ialah apabila tidak lama kemudian, pelanggan berkenaan menghubungi semula peniaga itu untuk bertanyakan mengenai susu itu yang didapati dalam bentuk susu tepung, bukan susu segar.

 

Lelaki berkenaan juga memaklumkan telah meminum segelas susu tersebut.

 

Terkejut dengan pertanyaan itu, peniaga tersebut memaklumkan bahawa dia tidak menjual susu kambing segar, sebaliknya hanya menjual susu untuk diberikan kepada anak kambing.

 

Sedar akan salah faham yang berlaku antara kedua-dua individu itu, peniaga berkenaan menawarkan untuk memulangkan semula duit pelanggan itu, tetapi tawaran tersebut ditolak.

 

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur dengan apa yang berlaku antara dua individu itu.

 

“Kelakarlah. Alhamdulillah orang yang dah minum susu untuk kambing tu sabar. Kalau tak, mahu disamannya tukang jual tu,” kata Uteh.

 

“Astarghfirullah. Sempat terminum tu. Aduh, gelak besar aku,” kata Zaidan.

 

“Apa-apa pun, tabik dengan mereka ini. Baik pembeli mahupun penjual, sama-sama minta maaf. Siap boleh gelak-gelak lagi, tak ada nak salahkan satu sama lain,” kata Insan Terpilih.

Post a Comment