Ada Sebab Han So-hee Tidak Mahu Bayar Hutang Ibu!
Artis jelita, Han So-hee baru-baru ini menjelaskan tidak berhasrat untuk membayar semula wang hutang menyelubungi ibunya.
Agensinya, 9ato Entertainment dalam satu kenyataan berkata, ibu pelakon The World of the Married itu disaman kerana terlibat dengan penipuan.
“Ibunya, Puan Shin menggunakan bank akaun bawah nama Han So-hee untuk proses meminjam duit, akaun itu dibuka ketika dia masih kecil tanpa kebenarannya.
“Akaun itu digunakan bagi meminjam sejumlah dana tanpa kebenaran pemilik akaun bank yang sebenar,” ujarnya.
View this post on Instagram
Jelasnya, kes itu pernah terjadi sebelum ini melibatkan dokumen palsu bawah nama So-hee, namun mahkamah dan polis tampil menjelaskan bahawa pelakon itu tidak terlibat dalam sebarang penipuan kerana tiada bukti kukuh dia bertanggungjawab berhutang.
“Han So-hee tiada perancangan untuk menyelesaikan hutang ibunya, ini bagi memastikan si ibu tidak menggunakan nama selebriti itu untuk meminjam duit pada masa hadapan.
“Selain itu, tindakan ini diambil bagi memastikan tiada pihak cuba membuat ugutan terhadap ibunya kerana mempunyai anak yang merupakan selebriti terkenal,” katanya lagi.