Nekad Berjambang Selepas ‘Fed Up’ Bulu Tumbuh Makin Lebat Jika Bercukur – Manis Madu
Nekad Berjambang Selepas ‘Fed Up’ Bulu Tumbuh Makin Lebat Jika Bercukur

Nekad Berjambang Selepas ‘Fed Up’ Bulu Tumbuh Makin Lebat Jika Bercukur

Rupa paras seorang wanita kelihatan seperti seorang lelaki apabila memiliki jambang sejak dia mencapai akil baligh ketika berusia 11 tahun. 

 

Lapor Daily Star, Harnaam Kaur yang kini sudah berusia 31 tahun disahkan menghidap Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) yang menyebabkan ketidakseimbangan hormon dalam badan.  

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harnaam Kaur (@harnaamkaur)

Simptom tersebut turut memberi kesan kepada kitaran haid, tumbuh bulu di bahagian muka dan kesukaran mengandung disebabkan penghidap PCOS mempunyai tahap hormon lelaki (androgen) lebih tinggi.  

 

Selepas mengetahui keadaan Harnaam, ibunya membawa dirinya ke salon untuk membuang jambang yang tumbuh di mukanya. 

 

Bagaimanapun, proses tersebut hanya menyebabkan bulu tersebut tumbuh lebih lebat dan kehitaman. 

 

Disebabkan itu, Harnaam membuat keputusan untuk membiarkan jambang tersebut tumbuh seperti biasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harnaam Kaur (@harnaamkaur)

“Saya merasai kesakitan kerana kulit saya lembut dan sensitif. Bermacam-macam cara saya cuba, namun tidak berhasil. 

 

“Keadaan menjadi lebih teruk dan saya mula mencederakan diri sendiri.

 

“Saya diejek secara berterusan dan pernah mengalami mimpi buruk diserang dengan kejam oleh pembuli di sekolah,” luahnya.

 

Situasi tidak normal itu ternyata memberi kesan kepada kerjaya dan perasaan ingin bercinta seperti orang lain.  

 

Katanya, ketika berusia 21 tahun dia sudah mengikat tali pertunangan dan belum pernah berjumpa dengan bakal suaminya. 

 

“Pertunangan itu diaturkan oleh kuil Sikh dengan lelaki dari India. 

 

“Semasa itu, saya mahu bercinta dan ingin mempunyai anak, sedangkan dalam budaya kami, ia bukanlah suatu kebiasaan,” katanya. 

 

Harnaam berkata, hari pertama dia berjumpa bakal tunangnya dalam keadaan formal dan mereka mengikat tali pertunangan sembilan hari selepas pertemuan itu. 

 

Jelasnya, lelaki itu kelihatan baik kerana langsung tidak menegur tentang jambang saya.

 

Namun, dia seperti mengongkong apabila tidak membenarkan saya memakai alat solek, bertatu dan menindik. 

 

Tidak lama kemudian, Harnaam memutuskan pertunangannya dengan lelaki tersebut.

Post a Comment